Tuesday, March 31, 2009

Kenangan 2 hari 1 malam di Sri Kembangan

Kira-kira pukul 11.30 pagi aku mula memandu kereta dari Kuantan ke Bandar Sri Kembangan Selangor. Niat dihati mmg dah lama untuk aku menjenguk Apek di kediamannya, mungkin kerana waktu dan kesibukan kerja aku tidak mengizinkan. Tetapi pada hari sabtu yang lepas aku telah mengatur segala perancangan dengan Apek. Akhirnya tepat pukul 2.00 ptg aku telah sampai dihadapan bangunan The Mines Resort City.

Setibanya aku disitu, aku terus call Apek untuk mengambil aku disana, maklumlah aku tak berapa pandai sangat jalan disana. Ini juga merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di Bandar Sri Kembangan. Alhamdulillah segala perjalanan aku berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah pun. Mungkin kerana signboard jln yang ada membantu untuk aku sampai ke destinasi yang dituju dengan tepat sekali.


Kira-kira pukul 2.30 ptg aku sampai dirumah Apek. Gambar diatas membuktikan aku telah sampai dirumah Apek dengan selamat. Setibanya aku dirumah Apek, aku terus shoot gambar dia coz nak membuktikan yang aku berada dalam biliknya. Mengikut kata Apek, biliknya itu adalah dunianya. Komputernya pula merupakan teman dan sahabat baiknya merangkap isterinya heheheh… Tanpa komputernya… mungkin Apek akan menjadi buntu hahahah.

Setelah selesai berehat dan makan, aku dan Apek memulakan perancangan untuk pergi ke Kajang, ketika hendak keluar dari rumah, hujan mula turun tetapi kami teruskan juga perjalanan. Sampai je kat hujung simpang rumah Apek, hujan mula turun dengan lebat sekali disamping angin yang bertiup kencang. Aku terpaksa surrender untuk memandu berikutan hujan yang terlalu lebat dan tak nampak jalan langsung, so aku berpatah semula balik kerumah.

Ingatkan dah tak jadi nak gi Kajang, tapi lepas hampir setengah jam, hujan mulai turun dengan perlahan. So Apek ajak aku keluar semula dan kami terus menuju ke Kajang. Sebenarnya kami kesana kerana ada misi penting yang perlu diselasaikan hehehehe… hahhhh nak tahu misi apa??? hehheh biarlah rahsia bak kata Datuk Siti Nurhaliza menerusi lagunya dulu… Selepas selesai je misi tu kami terus pergi ke The mines.


Gambar ini membuktikan yang aku pernah datang ke the mines. Hajat dihati ingin menonton wayang, tapi ketika tu wayang yang ingin di tonton akan disiarkan pada pukul 9.00 mlm. Ketika tu baru je kul 6.30ptg, memandangkan aku dan Apek mmg nak tgk cerita “Knowing”, so kitaorang ttp beli tiket tersebut. Time ni masing-masing dok pikir nak buat apa lagi dengan masa 21/2 jam, so kitaorang pun bercadang gi karaoke, tapi karaoke time tu penuh. Then kitaorang pun terpaksa bertukar plan untuk window shopping hahaha dan mkn KFC… Setelah selesai mkn kitaorang terus masuk panggung.

Disini aku nak cerita sikit mengenai satu tragedi yang boleh dianggap kelakar, pertamanya sewaktu sampai di The Mines untuk parking kereta, apek cakap masuk je mana2 pintu, then ketika nak ambil tiket tiba2 takde button untuk ditekan… time tu mmg aku dah gelak coz aku baca “pay by touch n go” time tu kete mmg banyak kat blkg aku… entah macam mana aku teringat plak ada kad tersebut dlm laci kereta…. Nasib baik kalau tak sure malunyer dengan orang lain. Yang kedua plak time habis tgk wayang, aku dengan apek secara confidentnya terus keluar melalui pintu keluar… puas kitaorang cari pintu untuk keluar tapi masih tak jumpa, tetiba je pekerja panggung tu suruh masuh panggung balik dan keluar ikut pintu masuk… tapi yang kelakarnya pintu masuk ke panggung tersebut tak boleh dibuka… dan kami telah terperangkap hahahahah padan muka tulah tak sabar nak keluar sangat… Akhirnya ada seorang pekerja yang menyelamatkan kami heheheh… Lepas incident tu terus balik rumah.


Gambar yang ni plak menceritakan ttg hari kedua, aku dan apek gi jln2 kat putrajaya.. Banyaklah juga yang apek terangkan kat aku mengenai bangunan disitu, nampaknya Apek macam dah terror sangat tentang selok belok di Putrajaya tu… Mengikut katanya… dulu dia mmg selalu kesana untuk tugasan kerjanya… tapi sejak dia dah bekerja di tempat yang baru mmg jarangla gi Putrajaya tu… Sempat juga lepas tu kitaorang gi pusat membeli belah di alamanda untuk shopping tingkap hahahahah....

Bla dah penat terus balik rumah dan buat aktibviti tidur wakakakakaka… Kira-kira pukul 4.30ptg aku bertolak untuk balik kerumah kakak aku di Setapak. Macam biasa la… mmg sedih nak tinggalkan sahabat.. tapi macam mana… setiap yang bertemu pasti akan berpisah satu hari nanti… biarkanlah ianya menjadi kenangan terindah dalam hidup dan satu hari nanti ianya juga akan menjadi sejarah hidup.

P/s: Lagi best kalau ada Jamil… mesti lagi havoc…
: Aku dan apek dan buat plan untuk hari pekerja nanti so kalau nak ikut jomla heheheh…

Perkara penting di Sri Kembangan:
- Kad touch n go
- Awek yang duduk sebelah kerusi apek dlm wayang
- Pintu keluar wayang
- Dvd dan pendrive
- Jiran depan rumah.

6 comments:

Rjuna said...

haha nak jumpa lagi hari pekerja ya nantilah aku pikirkan,

gi kajang skodeng tunang la tuh hahaha

Makan jugak apek KFC walaupun kat Ganu ituhari berapi ayat dia boikot

korg tak naik cruise pusing tasik putrajaya ker hehe (mahal kan)

hah DVD cerita 1 kaler ya + pendrive plak tuh haha

r i J a L said...

ejoy.. hulur² la gmbr tu kat aku.. aku pn nak gak buat koleksi.. aritu lupa plak la nk copy nya..

r i J a L said...

thanks bro..

gambar mu sudah ku terima..

Ejoy said...

To apek... bla nak bg tutorial yang dijanjikan????
Gambar dah dapat kan...

r i J a L said...

tutorial??..

x kan bagi mcm tu jer kot.. takat salam cium tangan mana dpt bro..

kurang² bg la pengeras nya..

Ejoy said...

to apek...
manade aku salam cium ko hahahah... kan aritu dah bg pengerasnya.. ahaks... nak pengeras apa lagi??? teng teng teng... kalau x keras ko minum je goji guarana tu heheheh

Post a Comment