Monday, May 11, 2009

Hari ini

Salam,
Lama rasanya aku tak menulis blog, entah kenapa terlalu malas nak menulis cerita dalam blog aku. Kadang2 ada juga cerita2 menarik yg boleh aku tuliskan... tapi tgn ni terlalu berat nak menaip.

Oleh kerana sudah terlalu lama aku menulis, so mlm ni aku nak menulis ttg perkara yang terjadi hari ni. Macam biasalah hari isnin.. semua orang malas nk gi keja... termasuk la aku... tapi aku kuatkan semangat juga... sampai kat office terasa cam sunyi je... rasanya aku datang keja dah hampir lewat... tapi ramai lagi kwan2 yang tak datang.

Bila dah kul 9 pagi tu baru aku tahu kawan2 aku mc... bayangkn 4 orang frontliner tempat keja aku bercuti.. tinggal la 4 orang lagi yang ada... termasuklah aku... Peggghhhh tension nak keja.. mana taknya sure customer hari ni mesti ramai... biasanya hari isnin mmg ramai. Tak sangka mmg betul tekaan aku... hari ni customer bank penuh dgn bakal2 student yang nak sambung blaja... semuanya dok sibuk nak byr yuran dan buka akaun. Korang bayangkanlah tinggal 3 orang je yang nk layan customer yang ramai tu... Sorang lagi kawan aku nak layan kaunter khas kerajaan plak...

Dlm hati ni mmg la terasa tension.. tapi aku sbg seorang frontliner mesti kena beri service yg terbaik walau dlm apa jua keadaan.. senyum itu mmg penting. Aku ni kira senior frontliner la... klu ada apa2 mslah mesti rujuk ngan aku.. klu de ank buah yang bermasalah pun aku kena tlg handle... Tapi aku faham dalam kesibukan siang hari tadi ramai juga pelanggan yang memahami situasi tersebut tapi ada juga yang tak faham, nak marah2 je...

Ni aku nk cerita ttg sorang brader ni... dah la nak minta tlg kat ank buah aku keluarkan duit dia dgn cara clearkan cek dia dulu... pastu nak marah2 plak ank buah aku.... bla aku dgr je dia marah... terus aku masuk campur... kitaorang ni frontliner pun manusia gak "to you brader... tolong beradap sikit... jgn nak tahu marah je... prosedur bank u kena tahu... klu tak tahu jgn nk main hentam je..." klu ank buah aku tak tolong... boleh terima gak klu dia nk marah... ni tolong pun kena marah... cuma anak buah aku pesan je... cek harus dimasukkan didalam mesin lain kali... tu je... hangin betul aku ngan mamat tu... klu duit banyak... takper gak nak berlagak... ni duit sikit jerk.... pada korang semua ingat jgn fikir nak marah je... k

Ni satu lagi cerita yang aku rasa kelakar... ada sorang mamat ni nak transfer duit kat bank lain... tapi mlgnya transaksi tersebut hanya boleh dilakukan sehingga pukul 3 je coz dia nak transfer jumlah yang besar... Apabila aku cakap dia tak boleh nak buat terus dia nk melenting marah kat aku tanpa mendengar penjelasan aku yang seterusnya... Aku pun suruh dia dgr penjelasan aku dulu sebelum dia nak marah lagi... aku cakap la kat dia aku faham dia tgu lama n aku akn membantu dia.. tapi dia kena membantu aku dgn cara mengecilkan jumlah yang nak dihantar kepada 3 borang coz klu bawah rm 100k blh la aku hantar selepas kul 3. so dia kenalah isi 3 borang... time tu baru beria dia nak minta maaf ngan aku n mengaku kesalahan dia tadi... time tu bos besar aku ada sekali kat ctu... apalagi... petang tu kena puji la beb dgn bos... kembang sekejap heheheh bos aku cakap aku pandai kawal kemarahan pelanggan. Kpd bos aku "jgn pandai puji je... bla nak naikkan pangkat aku???" hehehehh....

Apa yang nak aku cerita kat sini.... klu bekerja sebagai frontliner ni kita boleh tgk bermacam ragam perangai manusia... Apa yang aku blaja dari sini... aku takkan mudah nak complain servis orang coz aku kena memahami masalah yang diaorang hadapi... (apa daa aku merapu ni???)

klah lain kali aku sambung lagi.