Sunday, August 9, 2009

Jerebu dan H1N1

Emm ntah mengapa aku mmg nak tulis sangat citer ni dari semalam lagi... tapi tetiba je tadi bila aku buka blog apek aku tgk dia dah advance dari aku coz dia dah tulis dulu citer ni huhuhu tapi aku ttp nak tulis gak... to apek, jgn mare ek hahahha

Kalau korang nak tahu kat Kuantan ni telah diselebungi jerebu yang tebal sejak seminggu yang lepas... Pada kebiasaannya jerebu ni cuma pada waktu pagi je... tapi skang ni dah makin teruk sampai ke petang pun ada gak... korang tahu disebabkan jerebu.. cahaya matahari pun tak dapat nak bersinar dgn baik... mmg mendung je...

Kalau mendung tu disebabkan nak hujan takpe gak... tapi mendung disebabkan udara yang telah tercemar... Sapa yang kita patut salahkan??? cuba korang jawab heheheh... nak salahkan manusia ke??? manausia yang mana satu tu.. yang nak disalahkan???? Tu la zaman sekarang ni yang serba canggih.. tapi otak dan pemikiran orang ttp tak canggih dan maju... depa ni dok senang je nak buat pembakaran terbuka... Ada plak yang nak mudah keja depa pi bakar hutan dengan ahrapan hutan tu dapat dihapuskan dengan mudah.. ha.. pastu tak bleh nak kawal api menyebabkan hutan terbekar dgn berleluasa...

Bila dah hutan terbakar, sure la api dia menjadi besar dan mengeluarkan asap hitam tebal yang beracun, pastu korang semua dok sedut udara yang tak segar tu n dapat plak batuk ngan selsema... uiishhh mmg geram rasanya kat diaorang yang tak berdisplin tu... sepatutnya kita tangkap je orang yang suka buat pembakaran terbuka ni... pastu kita masukkan di kedalam kelas sivik, biar diorang sedar sikit dan belajar untuk menjadi lebih berdisplin.

Korang tahu tak bila udara ni dah tak segar, banyak la penyakit yang mudah merebak... termasuk la penyakit yang tgh famous skang ni influanza A ataupun H1N1 ataupun dengan bahasa kasaqnya selesema babi. Klu nak difikirkan mmg la takut sangat dengan penyakit ni... ramai yang dah meninggal.. kat pahang ni pun tak terkecuali gak, sampaikan nak kuar umah pun takut. Apa yang boleh kita lakukan untuk mengelak dari terkena jangkitan virus ni adalah dengan cara korang menjaga kebersihan diri.. kerap membasuh tangan dan jauhkan diri dari tempat orang yang berkumpul ramai serta jangan lupa pakai topeng muka.

Insyaallah klu kita berdisplin dan menjaga kebersihan, sure penyakit tu tak kena kat kita. Hari ni, aku puas berdoa supaya Allah menurunkan hujan dengan lebatnya dekat Kuantan ni. Bukannya apa, klu hujan turun, jerebu yang melanda di Kuantan ni mungkin akan berkurangan... segala penyakit juga mungkin boleh hilang jika udara kembali menjadi segar.

So sama2 la kita berdoa agar segala wabak penyakit ni akan hilang dari muka bumi Allah secepat yang mungkin.

Gula



Salam,

Arini aku nak citer ckit pasal topik yang sedang hangat.. tapi taklah hangat cam topik H1n1 tu hehehhe.. Aku nak citer ckit pasal gula.

Kalau korang semua perasan.. setiap kali hampir menjelmanya bulan puasa dan hari raya, pasti stok gula dipasaran tidak mencukupi... pernah tak korang fikir kenapa??? Disini aku ada senaraikan kemungkinan yang menyebabkan kekurangan stok gula dipasaran.

1. Gula disorok oleh pembekal
2. Terlalu banyak penggunaan gula menjelangnya perayaan
3. Taktik pembekal untuk menaikkan harga gula walaupun barang tersebut adalah brgn terkawal.
4. Gula diseludup ke luar negara.

Korang cuba fikir.. agak2 sebab diatas boleh diguna pakai ke? Aku cuma agak sahaja bahawa faktor2 diatas mungkin menjadi kemnugkinannya kekurangan bekalan gula dipasaran, tetapi masih tiada bukti yang sahih untuk menyatakannya benar...



Bukannya apa, aku sebagai salah seorang penggua gula.. terasa gak bengangnya.. mana taknya setiap kali aku nak beli gula pasti xde stok... klu ada pun barang tersebut di jual dengan harga yang mahal, So aku minta la korang komen sedikit ttg kekurangan bekalan gula dipasaran sekarang ni...

Saturday, August 8, 2009

Cahaya mata pertama

Salam,
Dah lama rasanya aku tak menulis blog ni, arini aku nak berkongsi pengalaman sedikit mengenai cahaya mata pertama. Walaupun aku masih belum mendapat cahaya mata tetapi isteri aku telah mengandung genapt 6 minggu pada hari ini.

Kalau korang nak tahu.. sewaktu aku dapat pengesahan isteri aku mengandung dari doktor... aku rasa sungguh gembira.. rasanya cam dunia ni aku yang punya... yaahhhhhoooo aku bakal menjadi ayah... senyum sampai ke telinga tu beb... punyala excited sangat sampai aku cepat2 call family bgth isteri aku dah pregnant... pastu aku terus balik umah mertua nak bagi suprise kat diaorang.



Time tgh mkn malam.. aku pun buat announcement kat parent mertua... depa semuanya happy.. maklumla nak jadi datuk dan nenenk.. lagipun ni 1st cucu depa... Klu depa yang nak jadi datuk dan nenek tu happy.. aku ni yang nak jadi ayah lagi la happy hahah2... rasanya cam nak buat persiapan baby je hehhehe tapi masih terlalu awal....

Skarang ni aku banyak membantu kerja2 rumah isteri aku... aku xnak dia keletihan dan buat kerja2 yang berat demi menjaga kesihatan baby... oh ya... lupa plak nak cerita camne aku bleh gi medical checkup kat klinik untuk sahkan isteri aku mengandung.. 2 minggu yang lepas time aku lepas sembahyang maghrib kat ofis... tetiba je aku rasa pening sangat sampai nak pitam...time tu member aku cakap tu tanda2 awal isteri nak pregnant.. tapi aku cakap depa ni tipu je... yelah ingatkan pening2 biasa je.. pastu keesokkan harinya aku asyik muntah2 sehingga berlarutan selama 4 hari.

Sebelum ni aku tak pernah alami camtu... sampai terpaksa gi kedai beli asam... dah lembik dah rasa badan ni asyik muntah je... Balik umah aku ceritakan perkara tersebut kat isteri aku... isteri aku pun bagitahu gak dia dah tak datang period 3 hari... So keesokkan harinya aku terus gi farmasi untuk beli pregnancy test.. time test tu garisan pada line T memang tak terang... ingatkan tak mengandung.. tapi aku ni tak puas hati... so bawala isteri aku gi klinik untuk check up.. time tu la doktor sahkan isteri aku positif mengandung...

Alhamdulillah mmg best sebab tak lama lagi aku nak jadi seorang ayah... Betul cakap orang tua2 kahwin ni mmg best... so kepada korang yang mungkin juga bakal jadi ayah.. mesti korang dapat rasakan apa yang aku rasakan...

Klah sampai disini dahulu cerita dari aku.. nanti aku sambung lagi k.