Saturday, April 25, 2009

mp3 Bunkface - Revolusi

Download mp3 here - REVOLUSI

Wednesday, April 22, 2009

Berhenti merokok


Salam,
Hari ni aku nak cerita sikit ttg diri aku yang aku rasa dah meningkat setapak meju kehadapan.
Kalau korang baca tajuk pun korang dah tahu kan... Berhenti merokok mmg susah bagi perokok2 tegar cam aku ni... Bayangkanlah sejak sekolah lagi aku dah mula berjinak-jinak dengan rokok.


Aku percaya semua orang tahu merokok tu merbahayakan kesihatan, even dekat kotak rokok tersebut pun ada tulis perkataan tersebut. Tapi perkataan tersebut tidak pernah buat aku rasa untuk berhenti menjadi seorang perokok. Tunang aku pun dah banyak kali bising kat aku coz merokok.. malah kawan2 juga sering memberi nasihat yang sama. Tapi aku buat tak endah je..

Sebenarnya, jauh didalam hati ni pernah tersimpan niat untuk berhenti merokok, banyak kali juga aku dah cuba tapi masih gagal sehinggalah pada suatu hari ketika aku hendak beli rokok, aku ternampak semua kotak rokok tersebut di print dengan gambar yang sungguh menjijikan aku. Oleh sebab itu semakin kuat lagi hasrat aku untuk berhenti merokok. Terima kasih kerana kerajaan buat camtu, sekurang-kurangnya ramai perokok akan cuba untuk berhenti merokok termasuklah aku.

Dengan permulaan, aku mengurangkan jumlah batang rokok yang dihisap sehinggalah hampir sebulan aku berjaya dengan jumlah sifar menghisap rokok. Memang susah untuk lakukan perkara tersebut,
terasa dada teramat sakit kerana tak dapat nak hisap asap rokok, tapi aku kuatkan semangat disamping memikirkan ttg masa depan dan aku akan berumahtangga tak lama lagi. Tapi alhamdulillah akhirnya aku berjaya.

Bagi aku semua perokok boleh berhenti menghisap rokok sepertimana yang aku lakukan, yang penting perokok tersebut benar2 ingin melakukannya. Cuba sibukkan masa anda dengan aktiviti yang berfaedah dan jauhkan diri daripada kawan2 yang menghisap rokok. Insyaallah anda pasti boleh lakukan. TIADA YANG MUSTAHIL UNTUK ANDA LAKUKAN.

KATAKAN TIDAK PADA ROKOK!!!!

Friday, April 17, 2009

Jamil punya tag

1. Anda rasa anda HOT?
Hmmm... mmg hot pun... arini x hujan.. so mmg hot sgt..

2.Letak gambar kegemaran anda



3. Kenapa anda suka gambar ini?
Coz aku rasa gambar ni menampakkan diri aku yang handsome walaupun hakikatnya aku ni x berapa nak handsome heheheh... yg plg penting... tunang aku suka sgt gambar ni hehehehe

4.Bila kali terakhir makan pizza?
Kalau x silap aku dua bulan yang lepas, makan dengan dua orang awek comel oooo jgn x caya... siap aku belanja diaorang lagi... oleh kerana terlalu excited kuar dgn awek, aku lewat masuk keja aritu huhuhuhu...

5.Apa yang anda buat selain selesaikan tag ni?
Tgk tv3, tapi aku pun tak tahu cite menda just layannnn jeeee....

6.Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dengan panggilan apa?
Kalau sewaktu bekerja aku lebih suka orang panggil aku dengan nama encik coz nampak cam korporat ckit huhuhu klu dgn tunang lebih suka dia panggil aku abang.. nampak cam respect kat aku huhuhu klu kengkawan lebih senang dipannggil dengan nama ejoy... nampak cam mesra dan friendly.

7. Soalan dari diri sendiri=klu korang boring korang suka buat apa ek?
Waktu boring aku lebih suka habiskan masa gi office buat kerja or gi tgk wayang atau karaoke.. release tension beb...

8. Sebarkan Tag ni pada 6 orang kawan anda
Aku tak nak sebarkan.. terpulang kepada sesiapa yang berminat untuk menjawab tag ni..

Tuesday, April 7, 2009

mp3 Agnes Monica - Matahariku


Download mp3 here - matahariku

Penapis air Bio Aura Hi-Tech Water System


Arini aku nak bercerita sedikit ttg penapis air. Aku percaya, kebanyakan daripada rumah korang semua mesti ada penapis air, mungkin ada juga yang tiada terutamanya rumah orang bujang, betul tak heheh... Korang tahu tak betapa pentingnya mempunyai penapis air dirumah?

Air yang disalurkan oleh syarikat air dirumah kita ni... tak terjamin tahap kebersihannya, kandungan klorin juga tinggi... jika tak bernasib baik, air yang keluar dari paip rumah korang mesti berwarna kekuningan dan boleh mengundang kepada penyakit.

Korang semua jangan fikir jika air tersebut dimasak, kuman-kuman akan mati semuanya... tapi ternyata ianya tidak benar sama sekali. Oleh itu aku sarankan kepada korang semua supaya membeli penapis air BIO AURA HI-TECH WATER SYSTEM kerana ianya sungguh bagus sekali. Korang jangan sayangkan duit sangat kerana duit tidak boleh memberi kesihatan kepada korang.

Dengan adanya penapis air ni, kesihatan korang akan terjaga... bukannya apa aku cakap camtu coz penapis ni mampu untuk menghindarkan segala penyakit termasuklah darah tinggi, kencing manis dan lain-lain lagi disamping dapat memberi tenaga kepada korang semua.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi korang boleh klik dibawah:

Penapis air Bio Aura Hi-Tech Water System

Jika korang berminat untuk mempunyai penapis air diatas, korang bleh tinggalkan no phone atau emel di bahagian komen bagi memudahkan segala urusan perniagaan dilakukan. Harga boleh dirunding.

Sunday, April 5, 2009

mp3 Misha Omar - Cinta Adam dan Hawa




Download mp3 here - Cinta Adam dan Hawa

Kekasih lama

Arini aku nak cerita ttg kekasih lama... Aku percaya korang semua pasti ada kekasih lama atau lebih dikenali lagi sebagai x girlfriend. Hahahaha tetiba je aku terfikir untuk menulis tentang cerita ni...

Baru2 ni aku mendapat panggilan telefon daripada nombor yg aku tak kenali... Tetiba je dia cakap "ni ejoy kan" aku pun cakap la ya and tanya sapa ni..??? kemudian dia bgth namanya... Disini biarlah aku rahsiakan namanya heheheh Sebenarnya dia nak menjemput untuk hadir ke majlis perkahwinannya mgu depan. Tapi dia cakap datang je rumah sebelah isterinya nanti di jerantut (kota gelangi). Time tu aku tak syak apa2 tentang majlis dia, cuma dia pesan suruh datang juga seolah-olah ada sesuatu yang bakal berlaku .... hahhh apa yang berlaku... itu aku tak tahu hahahah

Tengahari tadi plak aku dapat satu sms daripada kawan baik aku di politeknik... sms dia berbunyi begini "ejoy, ko gi tak nanti majlis perkahwinan x girlfriend ko?" aku pun tanya dia balik... "sapa x girl aku?" then dia pun cakap... takkan la bakal suami dia tak jemput ko 11 april ni... Dengan tetiba je aku terfikir ttg kawan aku yang jemput hadir ke majlis perkahwinanya... hahahahah bagi aku mmg klakar coz x girl aku bakal berkahwin dgn kawan aku sendiri...

Kalau korang ditempat aku camne rasanya ek???? Tapi bagi aku mula2 tu mmg terkejut..... tapi klakar pun ada... Aku tahu yang kawan aku ni dulu mmg minat kat x girl ni... tapi tak sangka plak dia bakal berkahwin dengannya coz setahu aku dulu dia couple dgn orang lain... waktu bla dia mengorat x girl aku ni... itu aku tak tahu... tapi 11 april ni aku akan hadir ke majlis tersebut dan aku nak tahu cerita sebenar bagaimana blh bercouple...

Betul kata pepatah lama "kalau dah jodoh tak kemana".. untuk kawan aku... Selamat pengantin baru bro.. aku doakan korang berdua akan berbahagia hingga ke akhirat insyaallah...