Tuesday, March 31, 2009

Kenangan 2 hari 1 malam di Sri Kembangan

Kira-kira pukul 11.30 pagi aku mula memandu kereta dari Kuantan ke Bandar Sri Kembangan Selangor. Niat dihati mmg dah lama untuk aku menjenguk Apek di kediamannya, mungkin kerana waktu dan kesibukan kerja aku tidak mengizinkan. Tetapi pada hari sabtu yang lepas aku telah mengatur segala perancangan dengan Apek. Akhirnya tepat pukul 2.00 ptg aku telah sampai dihadapan bangunan The Mines Resort City.

Setibanya aku disitu, aku terus call Apek untuk mengambil aku disana, maklumlah aku tak berapa pandai sangat jalan disana. Ini juga merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di Bandar Sri Kembangan. Alhamdulillah segala perjalanan aku berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah pun. Mungkin kerana signboard jln yang ada membantu untuk aku sampai ke destinasi yang dituju dengan tepat sekali.


Kira-kira pukul 2.30 ptg aku sampai dirumah Apek. Gambar diatas membuktikan aku telah sampai dirumah Apek dengan selamat. Setibanya aku dirumah Apek, aku terus shoot gambar dia coz nak membuktikan yang aku berada dalam biliknya. Mengikut kata Apek, biliknya itu adalah dunianya. Komputernya pula merupakan teman dan sahabat baiknya merangkap isterinya heheheh… Tanpa komputernya… mungkin Apek akan menjadi buntu hahahah.

Setelah selesai berehat dan makan, aku dan Apek memulakan perancangan untuk pergi ke Kajang, ketika hendak keluar dari rumah, hujan mula turun tetapi kami teruskan juga perjalanan. Sampai je kat hujung simpang rumah Apek, hujan mula turun dengan lebat sekali disamping angin yang bertiup kencang. Aku terpaksa surrender untuk memandu berikutan hujan yang terlalu lebat dan tak nampak jalan langsung, so aku berpatah semula balik kerumah.

Ingatkan dah tak jadi nak gi Kajang, tapi lepas hampir setengah jam, hujan mulai turun dengan perlahan. So Apek ajak aku keluar semula dan kami terus menuju ke Kajang. Sebenarnya kami kesana kerana ada misi penting yang perlu diselasaikan hehehehe… hahhhh nak tahu misi apa??? hehheh biarlah rahsia bak kata Datuk Siti Nurhaliza menerusi lagunya dulu… Selepas selesai je misi tu kami terus pergi ke The mines.


Gambar ini membuktikan yang aku pernah datang ke the mines. Hajat dihati ingin menonton wayang, tapi ketika tu wayang yang ingin di tonton akan disiarkan pada pukul 9.00 mlm. Ketika tu baru je kul 6.30ptg, memandangkan aku dan Apek mmg nak tgk cerita “Knowing”, so kitaorang ttp beli tiket tersebut. Time ni masing-masing dok pikir nak buat apa lagi dengan masa 21/2 jam, so kitaorang pun bercadang gi karaoke, tapi karaoke time tu penuh. Then kitaorang pun terpaksa bertukar plan untuk window shopping hahaha dan mkn KFC… Setelah selesai mkn kitaorang terus masuk panggung.

Disini aku nak cerita sikit mengenai satu tragedi yang boleh dianggap kelakar, pertamanya sewaktu sampai di The Mines untuk parking kereta, apek cakap masuk je mana2 pintu, then ketika nak ambil tiket tiba2 takde button untuk ditekan… time tu mmg aku dah gelak coz aku baca “pay by touch n go” time tu kete mmg banyak kat blkg aku… entah macam mana aku teringat plak ada kad tersebut dlm laci kereta…. Nasib baik kalau tak sure malunyer dengan orang lain. Yang kedua plak time habis tgk wayang, aku dengan apek secara confidentnya terus keluar melalui pintu keluar… puas kitaorang cari pintu untuk keluar tapi masih tak jumpa, tetiba je pekerja panggung tu suruh masuh panggung balik dan keluar ikut pintu masuk… tapi yang kelakarnya pintu masuk ke panggung tersebut tak boleh dibuka… dan kami telah terperangkap hahahahah padan muka tulah tak sabar nak keluar sangat… Akhirnya ada seorang pekerja yang menyelamatkan kami heheheh… Lepas incident tu terus balik rumah.


Gambar yang ni plak menceritakan ttg hari kedua, aku dan apek gi jln2 kat putrajaya.. Banyaklah juga yang apek terangkan kat aku mengenai bangunan disitu, nampaknya Apek macam dah terror sangat tentang selok belok di Putrajaya tu… Mengikut katanya… dulu dia mmg selalu kesana untuk tugasan kerjanya… tapi sejak dia dah bekerja di tempat yang baru mmg jarangla gi Putrajaya tu… Sempat juga lepas tu kitaorang gi pusat membeli belah di alamanda untuk shopping tingkap hahahahah....

Bla dah penat terus balik rumah dan buat aktibviti tidur wakakakakaka… Kira-kira pukul 4.30ptg aku bertolak untuk balik kerumah kakak aku di Setapak. Macam biasa la… mmg sedih nak tinggalkan sahabat.. tapi macam mana… setiap yang bertemu pasti akan berpisah satu hari nanti… biarkanlah ianya menjadi kenangan terindah dalam hidup dan satu hari nanti ianya juga akan menjadi sejarah hidup.

P/s: Lagi best kalau ada Jamil… mesti lagi havoc…
: Aku dan apek dan buat plan untuk hari pekerja nanti so kalau nak ikut jomla heheheh…

Perkara penting di Sri Kembangan:
- Kad touch n go
- Awek yang duduk sebelah kerusi apek dlm wayang
- Pintu keluar wayang
- Dvd dan pendrive
- Jiran depan rumah.

Tuesday, March 17, 2009

Kenangan bersama Sahabat Part II

Halllooooo... hari ni aku nak sambung cerita semalam. Mesti ada antara korang yang tak sabar nak baca heheheh...

Pada hari ahadnya plak 15.03.09, kitaorang bertiga lepak kat umah je... memandangkan hujan lebat yang teramat sangat.. kitaorang terpaksa buat aktiviti tidur hahahah maklumlam semalamnya dah penat sangat... Lepas je habis menonton melodi aku ajak jamil dan apek untuk kuar gi umah kenduri kawin adik member aku. Walaupun hujan aku terpaksa redah juga memandangkan kenduri tu penting bagi aku. Lagipun aku boleh bagi pengalaman kat jamil dan apek... camne rasanya mkn kenduri di rumah orang sebelah timur. Aku tahu bagi mereka mungkin ianya nampak macam x happening sangat cam kat perak but itu semua mmg dah adat disini.


Cadangnya selepas mkn kenduri tu nak bawa la dia orang pi muzium di Sg Lembing, tapi apek dah tak larat lagi.. kepenatan yang teramat sgt... yang dia nak gi cuma kedai komputer. Bukannya apa... dia nak beli pendrive... untuk apa pendrive tu... aku pun tak tahu hahahah tanyala dia sendiri teng teng teng. Mungkin dia ada projek mega kot hahahahaha..... Kebetulan plak kat megamall tu ada pameran kereta lumba ferrari... apalagi diaorang dok layan tangkap gambar la... aku tahu diaorang mmg minat sgt ferrari... so layannnnn bak kata fara fauzana heheh.



Bla semua urusan dah selesai kitaorang pun balik nak berehat coz malam tu nak bawa diaorang pi makan ikan bakar sambal petai di Tanjung Lumpur. Kalau korang nak tahu kat Kuantan ni kedai ikan bakar sambal petai ni la paling famous sekali. Rasa sekali pasti nak lagi... hahahah kalau tak caya mai la try heheheh.

Apek ngan Jamil mkn sampai tak larat... hahahah biar diorang ingat kenangan ni sampai mati... Lepas habis makan tu semuanya tak larat nak jalan. Apek ada juga ajak gi karaoke... tapi memandangkan perut aku yang dah terlalu penuh ni... aku terpaksa tolak permintaan tu. Camna nak nyanyi kalau perut penuh hahahah... Lepas mkn tu kitaorang terus balik.

Pada keesokan paginya sewaktu nak gi kerja, aku gi hantar jamil dan apek kat terminal makmur, waktu tu aku rasa sedih sgt nak berpisah dengan diaorang. Terasa masa terlalu singkat.. tak tahulah kenapa... mungkin sebab kitaorang ni terlalu rapat ibarat cam adik beradik je... anyway to jamil n apek thanks coz sudi bertandang dirumah aku. Best giler beb dapat kuar ngan korang. Seriously.

Monday, March 16, 2009

Kenangan bersama Sahabat

Pada hari Jumaat yang lepas 13.06.09, hati aku sungguh tak tenang nak bekerja... gelisah je... bukan apa.. tak sabar nak menunggu kedatangan sahabat2 aku iaitu jamil dan apek. Kedatangan mereka dirumah aku telah dirancang pada 3 tahun yang lepas tapi baru tahun ni termakbulnya perancangan tersebut.

Jamil telah bertolak dari Manjung kira-kira pukul 7.30 pagi dengan menaiki bas dan sampai pada pukul 4.30 petang. Aku berasa bersalah sangat dengan Jamil kerana tak dapat nak ambil dia dii terminal makmur tepat pada masanya memandangkan terpaksa menyelesaikan tugas aku terlebih dahulu.
Alhamdulillah setelah selesai kerja aku telah ambil Jamil di terminal. Dari jauh lagi aku nampak Jamil dan sambil berjalan aku tersenyum gembira dengan kedatangan Jamil dirumah aku.

Oleeh kerana Apek ada kelas mengajar sampai pukul 10 mlm, dia terpaksa menaiki bas pada pukul 1.00 pagi. So aku dan Jamil terpaksa berjalan berdua sementara menunggu apek sampai di Kuantan. Pada malam tu kami tak gi jln mana2 pun kerana kami ingin menunggu apek dan berjalan bersama-sama... mana boleh tinggal kawan beb... mlm tu cuma aku kuar ngan Jamil untuk gi makan je.. pastu ada la pusing bandar Kuantan sekejap. Aku tahu Jamil penat so aku biarkan dia rehat dulu kerana pagi esok kami akan mulakan perjalanan kami ke Kuala terengganu.

Oleh kerana mata dah mengantuk, aku dan Jamil pun tidur lebih kurang kul 1 pagi setelah selesai berborak berdua hehehe...kira-kira kul 4.30 pagi aku mendapat panggilan dari apek mengatakan dia dah sampai kuantan, so apalagi aku gi ambil dia sekejap. Sempat juga la kitaorang pekena teh tarik.. Jamil tak ikut sekali sebab aku tgk dia lena tdo so malas nak ganggu dia.


Setibanya dirumah.. kitaorang semua tak boleh tidur kerana banyak benda yang kami bualkan. Sebenarnya tak sabar nak mulakan perjalan ke Kuala Terengganu. Setelah selesai sarapan pagi kami terus bertolak ke destinasi yg dituju. Di dalam perjalanan tersebut kami telah singgah di Pantai Kemasik, saja je sebenarnya... nak bg kwn2 aku membuat sesi menangkap gambar disitu heheh... pantainya mmg cantik.

Kemudian kami terus menyambungkan perjalanan. Destinasi pertama di Kuala terengganu ialah masjid putih terapung di Kuala Ibai. Masjid ni mmg merupakan tarikan pelancong di Terengganu. Kemudia kami lepak di taman belakang masjid ini untuk mkn heheheh lapar siot kalau tak makan...

Setelah kenyang terus pergi ke pasar payang... window shopping je... tak beli apa pun... Bla dah penat berjalan tu terus sambung perjalanan ke muzium Kuala Terengganu dan destinasi terakhir kami ialah masjid kristal. Memandangkan hujan terlalu lebat, semangat untuk berjalan pun jadi lemah... Lupa plak nak bgth.. sewaktu berjalan dalam muzium terengganu tu... kami semua dah letih sangat sampai tak larat nak berjalan heheheh...



Kira-kira pukul 7.00 mlm kami terus bergegas untuk pulang ke Kuantan.. perjalan mengambil masa kira-kira 3 jam kerana selalu berhenti rehat. Sampai je di kuantan terus pergi ke pusat karaoke. Kalau korang nak tahu kitaorang ni mmg suka berkaraoke. Pantang kalau berjumpa mesti pergi karaoke punya... Bila dah karaoke tu sampai tak ingat dunia...

Lepas habis karaoke aku bawa diaorang pi lepak kat Teluk Cempedak... niat hati nak ambil angin, tapi pada malam tu mmg takde angin pun yang bertiup so disebabkan dah terlalu penat kitaorang pun balik kerumah untuk berehat. Untuk cerita seterusnya aku akan sambung kemudian sebab aku pun dah mengantuk heheheh bye bye.

Thursday, March 12, 2009

Kucing yang hampeh


Aku percaya ramai manusia didunia ni mesti ada binatang peliharaan... Ada yang suka membela kucing, anjing, ikan dan lain-lain. Aku pasti kepada mereka yang mempunyai binatang peliharaan pasti sayang akan binatang peliharaan mereka...

Sebenarnya aku nak cerita sikit ttg jiran sebelah umah aku... Dia juga ada membela binatang peliharaannya tersendiri. Binatang peliharaannya merupakan seekor kucing yang sangat gebu dan comel... Kucing tu merupakan seekor kucing yang hampir sama dengan jenis kucing parsi.


Aku juga pasti bahawa tuannya juga amat menyayangi kucing tersebut. Tapi aku tensen sgt dgn tuannya coz tak pandai menjaga binatang peliharaannya tu... Ada ke patut dia letak sangkar kucingnya tu kat sebelah pagar umah aku... Dahla malas nak cuci sangkarnya... So apalagi bau hancing yang semerbak tu terus memasuki rumah aku.... Hidung ni dah tak tahan nak menghidu bau yang busuk tu.... Tapi aku terpaksa bersabar coz nak jaga hati jiran.

Tetapi setelah kejadian semalam berlaku membuatkan aku hilang sabar terhadap jiran aku tu... Ada ke patut dia lepaskan kucingnya kat rumah aku dan meninggalkan najis yang teramat busuk depan pintu umah aku... Bayangkan sewaktu pagi-pagi nak gi keja... aku terpijak najis tu...
Perggghhhh jgn cakapla baunya... busuk tahap cipan.

Dengan tanpa sedar aku telah melepaskan kemarahan aku... korang cuba bayangkan semalam aku kena gi awal coz ada meeting... time tu plak kena pijak najis kucing... dahtu apalagi kenala basuh.. bukan setakat basuh kaki malah kena basuh simen umah sekali... mmg tensen...

So kepada sesiapa yang berniat untuk membela binatang peliharaan pastikan anda menjaga binatang tu elok-elok dan jgn sampai menyusahkan orang lain kerana hobi anda tu...

Street fighter

Just now i just came back from watching street fighter legend of chun li at cinema. I am very excited to write sinopsis at my blog. So here i write down the sinopsis.


Bg aku cerita ni sungguh menarik untuk ditonton kerana jalan ceritanya yang mudah difahami serta aksinya yang sungguh menarik. Ianya mengisahkan kehidupan chun li dari kecil sehingga dewasa. Semasa kecil chun li bercita-cita untuk menjadi seorang pemain piano yang hebat. Ayahnya yang juga seorang ahli perniagaan yang tersohor sangat menyayangi dirinya.

Oleh kerana ayahnya mempunyai ramai musuh, keluarga chun li terpaksa sering berpindah randah untuk menjaga keselamatan sehinggalah keluarganya pindah ke Hong Kong. Pada permulaannya keluarga mereka sangat bahagia, chun li telah belajar ilmu pertahanan diri daripada ayahnya sendiri. Pada suatu hari ayah chunli telah diserang oleh balrog iaitu salah seorang orang kanan Bison. Ayah chun li telah ditangkap dan diletakkan didalam satu bilik bagi membantu Bison untuk memudahkan segala urusan perniagaan yang dijalankan oleh Bison.

Chun Li telah menyimpan dendam untuk memusnahkan segala kejahatan dimuka bumi kesan daripada tertangkapnya ayah yang disayangi. Pada suatu hari Chun Li telah mendapat satu surat berbentuk tulisan lama cina dan dia cuba untuk mencari jawapan kepada surat tersebut setelah kematian ibunya.

Akhirnya dia terpaksa mencari seorang lelaki yang bernama Gen di Bangkok. Sewaktu pencarian Gen, banyak rintangan yang telah dihadapi oleh chun li dan akhirnya dia dapat bertemu juga dengan Gen setelah berlawan dengan kumpulan samseng. Gen telah mengajar Chun li pelbagai ilmu pertahanan diri sehinggakan Chun Li menjadi lebih kuat.

Motif utama Chun li adalah mencari kelemahan Bison iaitu white rose anak kepada Bison. Sewaktu anaknya didalam kandungan, Bison telah mengalihkan semua sifat kebaikan dan kelemahan kepada anaknya. Misi tersebut telah berjaya hasil bantuan polis iaitu Hans.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi silalah menonton sendiri... Disini ada banyak tanda tanya samada Bison mati atau tidak... bagaimana pula dengan keadaan bapanya.... Berjayakah chun li mengalah Bison.... emmm untuk cerita ni aku bagi 4 bintang. akhir kata selamat menonton.

Wednesday, March 11, 2009

Lirik lagu Tanpa - sixth sense

Hari ni aku nak kongsi lirik lagu TANPA dari kumpulan sixth sense untuk korang semua.
Dulu aku tak suka sangat dengaq lagu ni tapi bla dah dengaq selalu kat tv3 tu dalam cerita ain... aku mula jatuh cinta dengan lagu ni hehehehhe... Silalah fahami lirik lagu ni kerana ianya sungguh bermakna.


Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Chorus :

Tanpa..
Cintamu aku resah

Tanpa..
Kasihmu aku hampa
Tanpa..
Dirimu aku mati
hohoo…

Ulang 2x

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Ku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
Hohoo…

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Ulang 2x
Chorus :

Tanpa..
Cintamu aku resah

Monday, March 9, 2009

Watchmen

Hari ni disebabkan terlalu boring aku ajak kawan aku Lan kuar gi jln2 window shopping. Oleh kerana tak tahu nak buat apa so Lan pun ajak aku untuk gi tgk wayang. Pada asalnya aku nak gi tgk citer street fighter tapi waktu tu tayangan telah bermula. So kitaorang tgkla poster tayangan yang ada...



Disitu, poster watchmen yang ditayangkan memang menarik perhatian aku. Apabila dibaca sinopsis ceritanya, ia mengisahkan super hero zaman dulu. Didalam kotak fikiran aku ni terbayang macam-macam aksi superhero... emmm mesti bestkan .. menonton cerita ni.

Tanpa berlengah masa terus aku gi beli tiket... Oleh kerana tayangan cuma akan bermula 40 min lagi aku dan Lan membuat keputusan untuk gi lepak minum kat kedai mamak... Tak sabar rasanya hati ni nak tgk citer superhero... adegan yang dilakukan mestilah menarik... Aku bayangkan cerita ni macam cerita batman... Pelbagai spekulasi telah bermain difikran aku...

Setelah hampir 40 min berlalu aku pun masuk panggung. Bila citer tu start je.. aku dah rasa boring sangat... "kenapa citer ni lama sangat intronya????" mula dah berfikir bukan-bukan. Tapi aku masih lagi setia untuk melihat cerita tersebut... Aku tak nak spoil mood aku so aku tanamkan sifat positif bersabar untuk menunggu action yang bakal ditonjolkan dalam cerita ni.

50 min telah pun berlalu tapi aku masih tidak faham jalan cerita yang ditayangkan.. Masih tiada apa-apa action yang berlaku... emm peliknya.... biasanya kalau aku tgk wayang taklah boring tahap cipan camni... Setelah hampir sejam aku bersabar menunggu, aku nekad untuk keluar dari wayang.. kerana ceritanya yang terlalu membosankan dan tak faham langsung tentang apa mesej pengarahnya ingin sampaikan...

Ingatkan sewaktu kuar dari panggung cuma aku dan Lan jer yang keluar, rupa-rupanya ramai lagi yang berbuat demikian. Bagi aku pengarahnya gagal untuk memberi penonton tayangan yang baik dan berguna. Bagi aku sebelum ni pengarah yang telah mengarah cerita 300 berjaya menyampaikan bermacam mesej kepada penonton tetapi pada cerita kali ini dia gagal.

Ternyata cuma 1 bintang kasihan saja yang aku boleh berikan. Kepada kawan-kawan yang lain aku nasihatkan supaya jgnlah menonton cerota ini kerana ianya amat membosankan. Buat habis duit korang je bayar tiket wayang.

p/s: memang menyesal aku tgk citer ni...

Friday, March 6, 2009

Sabun eomura

Baru-baru ni waktu dok sibuk-sibuk aku ym tetiba je masuk satu ym dari kenalan lama, mesti korang nak tahu siapakan... cukup sahaja aku bgth seorang kawan perempuan. Dulu aku mmg baik dengan dia sewaktu belajar di politeknik, ibarat teman tapi mesra heheheh tapi sekadar teman je ek.. oppssss jgn gosip...

First sekali soalan dia tanya kat aku macam nak terjah je heheheh, cuba korang bayangkan kalau ada awek yang tanya korang... "ko nak kawinkan????" peghhhh... mesti ada rasa sesuatu je... yela tanpa salam ataupun ayat permulaan heheheh pastu aku cakap la yup n tanya kenapa... lorr.. rupa-rupanya dia nak suggest satu produk kat aku, dia cakap produk ni bagus, boleh hilangkan jerawat muka n memutihkan muka. Aku cakap la kat dia... perempuan je yang pakai produk muka ni.. dia pun cakap... xlah aku dulu kawan laki yang bgth... dulu muka dia cam jalan tar tak cukup turap je... belubang sana dan sini tapi sekarang muka dia dah handsome.

Tetiba je aku rasa cam berminat sangat.. biasanya aku tak berminat dengan produk-produk ni... Sapa yang tak nak hensem dihari persanding beb.. dlm kepala otak aku ni terfikirlah plak "alangkah baiknya kalau produk ni boleh melicinkan kulit muka aku ek" heheheh beranganla kejap ngeheheh... ok sambung balik.. sebenarnya aku pun teringin gak at least kurang la ckit jerawat kat muka aku ni... asyik selalu dok kena kutuk muka berlubang je.. nak la plak rasa dipuji...
(wah giler pujian aku ni.



So dia pun bgth nama produk tu eumora tapi harganya mahal beb RM 95 satu ketul kecil. Tapi aku tak heran semua tu yang penting aku bleh jadi hensem hahahahah... so dia terangkan cara penggunannya serta effect dia sekali... selepas puas mendengar penjelasan aku pun order la sabun tu... so sekarang ni aku baru je guna dalam 5 hari..

Nampaknya mmg ada perubahan sedikit tapi setakat mana perubahan tu aku tak tau la. Bagi kawan-kawan lelaki aku syorkan untuk guna sabun ni coz ianya mudah tak perlu scrub,cleanser,toner dll.

Bukannya apa aku syorkan kat korang... kalau boleh aku nak gak hensem bersama kawan-kawan aku yang lain heheheheheh. Bagi aku, aku letakkan tempoh percubaan terhadap produk ni selama 3 bulan, kalau ianya berhasil aku akan terus menggunakannya... So kepada korang semua nantikan perubahan wajah ku yang terbaru hehehhehe.

Tuesday, March 3, 2009

Trend terbaru

Hai semua... arini aku terasa nak menulis plak... oleh kerana kekurangan idea dan masa telah menyebabkan aku dah lama tak menulis didalam blog ni.

Hari ni aku mempunyai sedikit kelapangan waktu walaupun balik lewat malam bekerja, namun itu semua tidak mematahkan semangat aku untuk menjenguk blog kawan2 yg lain. Setelah melawat kebanyakan blog kawan2 akhirnya aku mendapat idea untuk menulis mlm ni. Sekarang ni aku tgk dah menjadi satu trend yang baru untuk menarik perhatian ramai mengunjungi blog masing-masing.

Tentu korang semua pun dah perasan, antara trend yang boleh aku katakan menarik dan mngubah selera pembaca, adalah membuat kuiz ataupun pertandingan cabutan bertuah didalam blog masing-masing. Walaupun hadiah yang ditawarkan tidaklah menarik tapi bagi aku itu cukup untuk membuat pembaca menjadi suka dan gembira untuk menyertai pertandingan tersebut.
Secara tak langsung ramai pelawat akn memasuki blog tersebut bagi menyertai pertandingan yang dianjurkan.



Ada juga pertandingan yang dilakukan tanpa pembaca/pelawat sendiri sedari yang mereka telah secara automatiknya memasuki pertandingan tersebut. Aku amat berminat sangat dengan cara ni, blog rjuna dan blog mietos juga ada mengadakan peraduan yang menarik. So kepada pembaca korang semua pun boleh melawat blog mereka.

Kpd Rjuna n mietos thanks coz berjaya memberi aku ilham menulis dan berjaya menarik perhatian aku untuk melawat blog korang.

Project Pop - Bukan Superstar.mp3

Download mp3 here Project Pop - Bukan Superstar.mp3