Monday, March 16, 2009

Kenangan bersama Sahabat

Pada hari Jumaat yang lepas 13.06.09, hati aku sungguh tak tenang nak bekerja... gelisah je... bukan apa.. tak sabar nak menunggu kedatangan sahabat2 aku iaitu jamil dan apek. Kedatangan mereka dirumah aku telah dirancang pada 3 tahun yang lepas tapi baru tahun ni termakbulnya perancangan tersebut.

Jamil telah bertolak dari Manjung kira-kira pukul 7.30 pagi dengan menaiki bas dan sampai pada pukul 4.30 petang. Aku berasa bersalah sangat dengan Jamil kerana tak dapat nak ambil dia dii terminal makmur tepat pada masanya memandangkan terpaksa menyelesaikan tugas aku terlebih dahulu.
Alhamdulillah setelah selesai kerja aku telah ambil Jamil di terminal. Dari jauh lagi aku nampak Jamil dan sambil berjalan aku tersenyum gembira dengan kedatangan Jamil dirumah aku.

Oleeh kerana Apek ada kelas mengajar sampai pukul 10 mlm, dia terpaksa menaiki bas pada pukul 1.00 pagi. So aku dan Jamil terpaksa berjalan berdua sementara menunggu apek sampai di Kuantan. Pada malam tu kami tak gi jln mana2 pun kerana kami ingin menunggu apek dan berjalan bersama-sama... mana boleh tinggal kawan beb... mlm tu cuma aku kuar ngan Jamil untuk gi makan je.. pastu ada la pusing bandar Kuantan sekejap. Aku tahu Jamil penat so aku biarkan dia rehat dulu kerana pagi esok kami akan mulakan perjalanan kami ke Kuala terengganu.

Oleh kerana mata dah mengantuk, aku dan Jamil pun tidur lebih kurang kul 1 pagi setelah selesai berborak berdua hehehe...kira-kira kul 4.30 pagi aku mendapat panggilan dari apek mengatakan dia dah sampai kuantan, so apalagi aku gi ambil dia sekejap. Sempat juga la kitaorang pekena teh tarik.. Jamil tak ikut sekali sebab aku tgk dia lena tdo so malas nak ganggu dia.


Setibanya dirumah.. kitaorang semua tak boleh tidur kerana banyak benda yang kami bualkan. Sebenarnya tak sabar nak mulakan perjalan ke Kuala Terengganu. Setelah selesai sarapan pagi kami terus bertolak ke destinasi yg dituju. Di dalam perjalanan tersebut kami telah singgah di Pantai Kemasik, saja je sebenarnya... nak bg kwn2 aku membuat sesi menangkap gambar disitu heheh... pantainya mmg cantik.

Kemudian kami terus menyambungkan perjalanan. Destinasi pertama di Kuala terengganu ialah masjid putih terapung di Kuala Ibai. Masjid ni mmg merupakan tarikan pelancong di Terengganu. Kemudia kami lepak di taman belakang masjid ini untuk mkn heheheh lapar siot kalau tak makan...

Setelah kenyang terus pergi ke pasar payang... window shopping je... tak beli apa pun... Bla dah penat berjalan tu terus sambung perjalanan ke muzium Kuala Terengganu dan destinasi terakhir kami ialah masjid kristal. Memandangkan hujan terlalu lebat, semangat untuk berjalan pun jadi lemah... Lupa plak nak bgth.. sewaktu berjalan dalam muzium terengganu tu... kami semua dah letih sangat sampai tak larat nak berjalan heheheh...



Kira-kira pukul 7.00 mlm kami terus bergegas untuk pulang ke Kuantan.. perjalan mengambil masa kira-kira 3 jam kerana selalu berhenti rehat. Sampai je di kuantan terus pergi ke pusat karaoke. Kalau korang nak tahu kitaorang ni mmg suka berkaraoke. Pantang kalau berjumpa mesti pergi karaoke punya... Bila dah karaoke tu sampai tak ingat dunia...

Lepas habis karaoke aku bawa diaorang pi lepak kat Teluk Cempedak... niat hati nak ambil angin, tapi pada malam tu mmg takde angin pun yang bertiup so disebabkan dah terlalu penat kitaorang pun balik kerumah untuk berehat. Untuk cerita seterusnya aku akan sambung kemudian sebab aku pun dah mengantuk heheheh bye bye.

2 comments:

r i J a L said...

to be continue..

pergghh... ada plak bersambung dia.. hehehe..

Anonymous said...

pasni cubala g karaoke kat kompleks teruntum tgkt 2, best gilerrr ooooooo tmpt dia......

Post a Comment