Monday, March 9, 2009

Watchmen

Hari ni disebabkan terlalu boring aku ajak kawan aku Lan kuar gi jln2 window shopping. Oleh kerana tak tahu nak buat apa so Lan pun ajak aku untuk gi tgk wayang. Pada asalnya aku nak gi tgk citer street fighter tapi waktu tu tayangan telah bermula. So kitaorang tgkla poster tayangan yang ada...



Disitu, poster watchmen yang ditayangkan memang menarik perhatian aku. Apabila dibaca sinopsis ceritanya, ia mengisahkan super hero zaman dulu. Didalam kotak fikiran aku ni terbayang macam-macam aksi superhero... emmm mesti bestkan .. menonton cerita ni.

Tanpa berlengah masa terus aku gi beli tiket... Oleh kerana tayangan cuma akan bermula 40 min lagi aku dan Lan membuat keputusan untuk gi lepak minum kat kedai mamak... Tak sabar rasanya hati ni nak tgk citer superhero... adegan yang dilakukan mestilah menarik... Aku bayangkan cerita ni macam cerita batman... Pelbagai spekulasi telah bermain difikran aku...

Setelah hampir 40 min berlalu aku pun masuk panggung. Bila citer tu start je.. aku dah rasa boring sangat... "kenapa citer ni lama sangat intronya????" mula dah berfikir bukan-bukan. Tapi aku masih lagi setia untuk melihat cerita tersebut... Aku tak nak spoil mood aku so aku tanamkan sifat positif bersabar untuk menunggu action yang bakal ditonjolkan dalam cerita ni.

50 min telah pun berlalu tapi aku masih tidak faham jalan cerita yang ditayangkan.. Masih tiada apa-apa action yang berlaku... emm peliknya.... biasanya kalau aku tgk wayang taklah boring tahap cipan camni... Setelah hampir sejam aku bersabar menunggu, aku nekad untuk keluar dari wayang.. kerana ceritanya yang terlalu membosankan dan tak faham langsung tentang apa mesej pengarahnya ingin sampaikan...

Ingatkan sewaktu kuar dari panggung cuma aku dan Lan jer yang keluar, rupa-rupanya ramai lagi yang berbuat demikian. Bagi aku pengarahnya gagal untuk memberi penonton tayangan yang baik dan berguna. Bagi aku sebelum ni pengarah yang telah mengarah cerita 300 berjaya menyampaikan bermacam mesej kepada penonton tetapi pada cerita kali ini dia gagal.

Ternyata cuma 1 bintang kasihan saja yang aku boleh berikan. Kepada kawan-kawan yang lain aku nasihatkan supaya jgnlah menonton cerota ini kerana ianya amat membosankan. Buat habis duit korang je bayar tiket wayang.

p/s: memang menyesal aku tgk citer ni...

0 comments:

Post a Comment