Thursday, March 12, 2009

Street fighter

Just now i just came back from watching street fighter legend of chun li at cinema. I am very excited to write sinopsis at my blog. So here i write down the sinopsis.


Bg aku cerita ni sungguh menarik untuk ditonton kerana jalan ceritanya yang mudah difahami serta aksinya yang sungguh menarik. Ianya mengisahkan kehidupan chun li dari kecil sehingga dewasa. Semasa kecil chun li bercita-cita untuk menjadi seorang pemain piano yang hebat. Ayahnya yang juga seorang ahli perniagaan yang tersohor sangat menyayangi dirinya.

Oleh kerana ayahnya mempunyai ramai musuh, keluarga chun li terpaksa sering berpindah randah untuk menjaga keselamatan sehinggalah keluarganya pindah ke Hong Kong. Pada permulaannya keluarga mereka sangat bahagia, chun li telah belajar ilmu pertahanan diri daripada ayahnya sendiri. Pada suatu hari ayah chunli telah diserang oleh balrog iaitu salah seorang orang kanan Bison. Ayah chun li telah ditangkap dan diletakkan didalam satu bilik bagi membantu Bison untuk memudahkan segala urusan perniagaan yang dijalankan oleh Bison.

Chun Li telah menyimpan dendam untuk memusnahkan segala kejahatan dimuka bumi kesan daripada tertangkapnya ayah yang disayangi. Pada suatu hari Chun Li telah mendapat satu surat berbentuk tulisan lama cina dan dia cuba untuk mencari jawapan kepada surat tersebut setelah kematian ibunya.

Akhirnya dia terpaksa mencari seorang lelaki yang bernama Gen di Bangkok. Sewaktu pencarian Gen, banyak rintangan yang telah dihadapi oleh chun li dan akhirnya dia dapat bertemu juga dengan Gen setelah berlawan dengan kumpulan samseng. Gen telah mengajar Chun li pelbagai ilmu pertahanan diri sehinggakan Chun Li menjadi lebih kuat.

Motif utama Chun li adalah mencari kelemahan Bison iaitu white rose anak kepada Bison. Sewaktu anaknya didalam kandungan, Bison telah mengalihkan semua sifat kebaikan dan kelemahan kepada anaknya. Misi tersebut telah berjaya hasil bantuan polis iaitu Hans.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi silalah menonton sendiri... Disini ada banyak tanda tanya samada Bison mati atau tidak... bagaimana pula dengan keadaan bapanya.... Berjayakah chun li mengalah Bison.... emmm untuk cerita ni aku bagi 4 bintang. akhir kata selamat menonton.

0 comments:

Post a Comment