Sunday, November 23, 2008

Selamat Pagi cinta


Hai semua. Hari ni aku nak cerita sikit tentang cerita Selamat Pagi cinta. Semalam aku pi lah tgk cerita ni, dengan sapa tu jgn dok tanyala hehehehe. Biasalah darah tengah manis ni so layan la cerita cinta, apa yang membuatkan aku tertarik sangat untuk menonton cerita ni adalah publisiti yang dibuat terlalu bagus sehinggakan aku percaya bahawa cerita ni mesti best ditengok.

Kepada pasangan yang baru bercinta tu sure rasa cam best je tengok cerita ni. Bagi aku, cuma 3 bintang sahaja yang aku mampu berikan dalam cerita ni. Jalan ceritanya terlalu lambat bergerak pada permulaannya, tetapi ia mampu memberikan beberapa mesej berguna kepada penonton. Pada pandangan aku, cerita ni masih terdapat beberapa kelemahan yang harus dibaiki oleh pengarahnya iaitu yana. Antaranya ialah ketika shoot gambar pelakon pastikan kepala dia tak nampak sekerat je... sian ngan cat farish, ketika adegan dia dan Armani ditangga kepalanya cuma nampak sekerat je. Banyak juga ruang2 kosong yang perlu diisi dalam cerita ni. Tapi taklah sampai boring untuk ditonton.

Adegan yang menarik perhatian aku plak ketika piere dan fazura melakukan adegan baling syiling. Zaman sekarang ni memang susah untuk orang percaya pada perbuatan camtu kan... tapi oklah sekurang-kurangnya cerita ni dapat menarik perhatian aku.

Apa yang aku faham dari cerita ni adalah, tak semestinya setiap percintaan itu boleh bersatu hingga ke anak cucu. Kedua, setiap hubungan percintaan haruslah mempunyai pengorbanan yang besar. Setiap hubungan percintaan juga tidak semestinya dilafazkan dengan kata CINTA malah boleh dilafazkan dengan perbuatan.

So kepada pasangan-pasangan yang belum menonton lagi boleh la ke pawagam untuk menonton cerita ni terutamanya kaum hawa kerana ianya mampu membuat kaum hawa untuk menangis.

1 comments:

Anonymous said...

citer ni aku sedut (download) je nanti, tak pon sekejap je dah tayang kat Astro raya haji hehehe

Post a Comment