Monday, November 24, 2008

Madagascar 2


Ptg tadi aku gi tgk cite Madagascar 2. Cerita ni aku bagi 4 1/2 bintang. Walaupun ianya berbentuk kartun tapi imejnya nampak real. Memang korang semua takkan kering gusi melihat cerita ni. Kelakar tak habis-habis beb.

Cerita ni mengisahkan seorang anak singa bernama Alakay yang kehilangan bapanya akibat diculik oleh pemburu dan dimasukkan kedalam sebuah peti. Apabila bapanya sedar akan kehilangan anaknya, bapanya zuba berusaha untuk mencari anaknya semula. Tetapi ketika sedang bergelut dengan pemburu tersebut, Alakay telah jatuh kedalam sungai dan terus dibawa arus hingga ke lautan new York.

Alakay telah diselamatkan oleh penjaga zoo new york. Alakay mempunyai sifat yang bebeza daripada singa yang lain kerana dia suka sangat menari sehinggakan dia famous dan menjadi raja new york. Singa merupakan simbol binatang bagi negara new york. Pada suatu hari setelah Alakay besar, dia telah dicuri ketika melakukan sesi perpindahan, oleh yang demikian mereka telah sesat dan ingin mencari jalan pulang semula ke zoo tersebut.

Alakay ataupun dikenali sebagai alex di zoo telah meminta bantuan penguin untuk menghantarnya dan rakan-rakan ke zoo dengan menaiki kapal terbang. Tetapi terdapat sedikit masalah teknikal pada kapal terbang tersebut dan mengakibatkan mereka terpaksa untuk mendarat secara kecemasan. Pendaratan tersebut telah membawa mereka ke tempat asalnya sewaktu kecil iaitu di Africa.

Alakay tela dapat berjumpa semula dengan keluarganya sebelum ini. Oleh kerana alakay tidak pandai berlawan maka dia dan keluarganya telah dibuang daerah. Oleh yang demikian alakay hendak menebus semula segala kesalahannya. Pada suatu hari tempat tinggal mereka telah kekeringan air kerana sumber air telah disekat oleh manusia. Alakay mengambil keputusan untuk menjadi seorang hero. Ketika menjalankan misi tersebut dia telah ditangkap oleh sekumpulan manusia tetapi bapanya telah datang untuk menyelamatkan nyawanya. Akhirnya dia berjaya untuk mendapatkan sumber air tersebut.

Untuk mengetahui lebih lanjut cerita ni aku sarankan supaya korang semua pergi tgk sendiri. Cerita ini amat sesuai ditonton oleh anak-anak dan juga adik-adik. Bagi aku korang semua takkan berasa rugi untuk membayar tiket RM8 bagi menonton cerita ni. Selamat menonton.

1 comments:

Anonymous said...

I like to move it move it, layan gak la si Penguin kerek tuh, kerana citer ni la aku tak jadi nonton James Bond hehe

Post a Comment