Saturday, November 1, 2008

Pertunangan


Askum. Kepada pembaca semua... sorry aku dah lama tak update blog ni... Terlalu sibuk kerana terpaksa menguruskan kerja-kerja majlis pertunangan aku. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar pada tarikh keramat 26.10.2008. Maaf kerana lambat aku inform didlam blog ni. Ramai juga yang bertanya kenapa aku tak tulis dalam blog... bukannya apa aku tiada masa yang secukupnya untuk menulis perkara tersebut. Maklumlah semua kerja2 harus aku lakukan sendiri... Keluarga aku nun jauh dinegeri yop kejor yop kejor.. (perak) so nak buat camne.. dari semua aspek harus aku lakukan sendirian. Disini aku nak ceritakan sedikit pengalaman aku bertunang... Bagi aku bertunang tu bukannya perkara yang mudah... dari segala hal kita kena pastikannya berada didalam keadaan yang teratur... Wang ringgit juga banyak yang perlu dikorbankan... maklumla pertunangan ni mesti ada hantaran yang perlu dihantar. Bagi aku... aku telah menghantar 13 dulang hantaran dan dibalas dengan 15 hantaran dari pihak tunang aku. Memandangkan keluarga aku jauh... aku telah membuat majlis merisik dan bertunang pada hari yang sama... so terpaksalah bagi dua cincin iaitu cincin merisik dan bertunang.
Sewaktu perbincangan merisik dan pertunagan tu dijalankan... aku terpaksa melarikan diri dari rumah tersebut... iyalah mengikut adat orang melayu... waktu majlis pertunangan dibuat... lelaki yang bertunang tu tak sepatutnya datang... Kalau ikutkan hati mmg aku tak nak datang... tapi nak buat camne kuarga aku tak tahu pun rumah tunang aku... so buat muka tak malu la pergi sana heheheheh... Selesai je perbincangan dilakukan... apalagi... bapa aku call la suruh makan heheheheh... tapi... nak makan pun takde mood... dah jadi public figure plak time tu... macam artis heheheheh kena tembak dengan soalan2 yang panas... so nak suap nasi pun tak sempat.. tu belum lagi soalan2 maut dari sedara belah tunang aku... Flash camera, jgn cakapla.. macam kilat kat muka aku... heheheheh apasalahnya sekali sekal jadi artis... dok contol handsome je la hehehhehe... Time tu mmg tebal muka aku.. orang suma dok pandang.... nasi yang sikit aku bubuh dalam pinggan tu pun tak habis nak makan... malu lah time tu... jantung ni jgn cakaplah berdegup dengan kencang sekali, sekencang puting beliung hehhehehe... nasib baik muka aku warna coklat kalau putih, dah merah macam biji saga je... Bla nak balik tu, tunang aku ajak bergambar.. so apalagi menggayakanla aksi seorang tunang heheh tapi tak boleh buat lebih2.. maklumlah belum sah lagi.. time tu punya la ramai orang tgk aku berposing ngan tunang.. tapi aku buat tak hirau je... mmg la malu beb... tahan je la... bla dah siap bergambar dengan ahli keluarga semua... kami pun pihak lelaki minta izin untuk mengundurkan diri... time tu gembira pun ada gak rasanya, cam nak melompat je hehheeh tapi kena jaga perangai la... macam tak percaya je aku dah jadi tunangan orang.. sedih pun ada gak.. bukannya sedih apa, sedih dlm erti kata kegembiraan... sekarang ni bertambah la sikit tanggungjawab aku terhadap tunang. Kalau dulu boleh buat endah tak endah je tapi bla dah tunang ni tak bolehla nak buat camtu. Bila dah bertunang tu maksudnya kita dah menghampiri ke alam rumahtangga dan dah bersedia untuk menjadi seorang suami.. So aku terpaksa la ubah perangai yang mana tak betul tu... Kepada pembaca yang belum bertunang lagi... cepat2 lah bertunang.. nanti korang akan rasa gak macam mana yang aku rasakan.

1 comments:

Anonymous said...

baru tunang dah posing kat katil, tak sabor dah ke bai hehehe

Post a Comment