Wednesday, November 5, 2008

Kemalangan

Belum pun genap dua minggu bertunang, kini aku telah diberi ujian oleh Allah S.W.T. Semalam hari pertama aku mula bekerja setelah hampir seminggu lebih aku bercuti, tetapi kira-kira pukul 11.30 pagi, aku telah menerima satu panggilan telefon yang mencemaskan "abang, abg chik kemalangan motor, emak kat hospital nak operate untuk masukkan saluran cucian buah pinggang, camne ni abang????" Ya allah adakah ini tugas pertama aku setelah bergelar sebagai seorang tunang??? Aku terus membaritahu bos untuk pergi ke hospital. Sampai disana puas aku mencari Zaha bakal adik ipar aku yang baru sahaja mendapat kemalangan. Setelah puas menyemak nama di kaunter pendaftaran baru aku tahu, dia kini berada di wad kecemasan.

Tanpa membuang masa aku terus ke situ, tetapi telah dihalang oleh jururawat hospital. Soalan pertama yang aku tanya kepada jururawat tersebut, "camne dengan keadaan azhar??? Jururawat tu plak tanya kat aku, "awak ni siapa?" Aku tanpa segan silu memberitahu "saya abang dia, tolonglah bagitahu camne keadaan dia". Akhirnya doktor memanggil aku dan memberitahu azhar mungkin patah kaki dan dia perlu di x-ray. Ketika itu aku perlu membuat keputusan sendiri samada membenarkan x ray dijalankan atau pun tidak, bakal bapa mertua aku dalam perjalanan ke hospital dan mengambil masa kira2 1 jam untuk sampai. Akhirnya aku terus mengikut kata hati untuk membenarkan doktor berbuat demikian. Ketika itu Azhar telah pengsan dan tidak sedarkan diri.

Setelah lama aku menunggu di luar bilik x ray akhirnya azhar dibawa keluar dari situ dan kemudian doktor terus memanggil aku untuk memberitahu keadaan azhar. Dari hasil x ray tersebut kakinya telah patah di bahagian bawah dan doktor menyatakan bahawa kemungkinan besar akan dimasukkan besi di dalam kaki tersebut berikutan tulangnya patah dengan serius. Doktor juga telah memberitahu bahawa azhar akan ditahan didalam wad dan menyuruh aku untuk menyelesaikan segala hal berkaitan pendaftaran kemasukan wad. Bayangkanlah ketika itu aku rasa amat berbangga kerana dapat juga menjalankan tugas seorang abang yang selama ini aku impikan. Bukannya apa aku ni kan takder adik.. so tak pernah rasa tanggungjawab sebagai seorang abang.

Selesai sahaja melakukan pendaftaran tersebut aku terus berjumpa semula dengan doktor dan doktor itu memberitahu ingin membawa azhar ke bilik terapi bagi memastikan agar tulang kaki azhar berada didalam keadaan yang baik. Doktor telah meletak sejenis kayu atau papan untuk menampung kaki tersebut. Selesai sahaja terapi tersebut, azhar telah dibawa ke wad tingkat 5B. Disana dia telah ditempatkan dengan pesakit-pesakit yang sama dengannya, semuanya melibatkan kepatahan. Aku terpaksa meninggalkan dia disitu sebentar bagi menguruskan perbincangan dengan seorang lelaki yang melanggarnya. Oh ya lupa nak bgth, dia telah dilanggar dengan sebuah kereta mvvi (CBV 96). Dengan raut wajah yang kulihat dari lelaki tersebut, nyata sekali dia begitu takut apabila aku soalnya dengan beribu soalan, nasib baiklah aku pandai juga undang2 so bleh gertak dia hahahahah. Lelaki tersebut tidak berhenti-henti meminta maaf, aku percaya dia insaf dengan kejadian tersebut. Aku telah nasihatkan lelaki tersebut agar membuat laporan pada polis supaya mudah untuk membuat sebarang tuntutan nanti.

Ketika hampir tamat perbincangan tersebut, bakal bapa mertua aku pun sampai di hospital dan aku menyerahkan segala urusan kepada beliau. Pada ketika itu jam hampir pukul 3.30 petang, aku terpaksa balik ke pejabat untuk menyambungkan kerja aku. Kalau tak masuk pejabat nanti kena buang kerja plak... hehhehe. Tapi bagi aku itu semua adalah pengalaman yang sungguh bermakna bagi diri aku. Aku juga dapat rasakan saham aku akan naik melonjak didlam keluarga tersebut hahahahah bolehla jadi menantu terbaik hehehhe.
Oklah aku pun rasa macam dah merapu ni.. so lain kali aku akan cite yang lain plak.

2 comments:

Anonymous said...

Ya itu dia bakal abg ipar yg prihatin, saham dia melonjak tinggi skang

err citer yg part gaduh tu takde yek wakakaka

r i J a L said...

as'kum... hai hai.. wah wah.. makin besar tanggungjawab ko.. keep going wei.. ni nama dia cabaran.. eh, senang2 lawat la blog aku plak.. tp dlm pembikinan lagi... under construction.. hehehe

Post a Comment