Tuesday, November 18, 2008

Hari-hari aku

Assalammualaikum pembuka tirai aku kali ini.
Kepada semua kawan2 pasti tertanya-tanya ke mana aku menghilangkan diri kebelakangan ini dan kenapa blog aku tidak di update. So hari ini akan aku rungkaikan segalanya.

Sebenarnya aku terlalu sibuk dengan urusan di hospital Kuantan. Sepertimana yang korang semua tahu bakal adik ipar dan mak mertua aku masuk hospital. Adik ipar aku accident dan mak mertua pula perlu menjalani pembedahan buah pinggang. Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan lancar. Oleh kerana peristiwa kemalangan bakal adik ipar aku berlaku dengan tak sengaja, ini membuatkan tunang aku tergesa-gesa balik ke Kuantan. Ada hikmah juga semua ini berlaku, dari sudut positif aku dapat berjumpa dengan tunang heheheheh (gatal sekejap), tapi dari sudut negative, kesian plak kat diaorang kan… dah jatuh ditimpa tangga plak.

So aku terpaksa berulang alik ke hospital untuk menjaga adik ipar manakala tunang aku plak sibuk menjaga emaknya. Waktu tengahari tak akan aku lepaskan peluang untuk menjenguk mereka. Pada malamnya pula aku akan tidur disana. Bukan senang nak jumpa tunang wei… maklumla cinta jarak jauh heheheh… Seperti biasa setelah aku siap segalanya kat zaha (bakal adik ipar) termasuklah bagi makan n mandikannya, aku akan biarkan dia tidur then aku akan naik ke tingkat tujuh untuk berjumpa tunang aku. Macam dalam filem plak aku bercinta… yelah bercinta dalam hospital bertemankan langit, bintang dan lampu neon Bandar Kuantan…. Uisshh mmg romantic siot… Bayangkanlah aku dok kat tingkat tujuh tu, satu Bandar kuantan aku bleh tgk… Kadang2 terasa plak dalam filem. Pada saat ini aku takkan melepaskan walau sesaat pun masa untuk bersama tunang aku. Waktu mcam ni mmg berharga buat diri aku. So aku terpaksa meninggalkan semua hobi aku termasuklah mengupdate blog ni. Demi kasih sayang dan cinta yang tulus kepada insan yang bernama Yati.



Setelah seminggu aku disana, tunang aku terpaksa balik semula ke Kajang demi menjalankan tugas. Alhamdulillah mak dia pun dah discharge oleh doktor. Tapi zaha still ditahan lagi kerana dia cedera parah. Walaupun tunang aku sudah tiada di hospital, aku masih lagi menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang abang untuk menjaga zaha. Aku sudah berjanji dengan keluarga tunang untuk menjaga zaha seperti adik sendiri. Rutin harian tetap dilakukan walaupun badan aku kepenatan. Jika terniat dalam hati untuk tidak melawat zaha pasti rasa bersalah timbul di kota fikiran aku, “zaha dah makan ke? Zaha dah mandi ke? Camne dia nak buang air besar kalau aku takder? Kesian plak kat dia.. mesti boring takde kawan untuk bersembang” Soalan-soalan tersebut pasti melayang di otak aku. Dengan tidak pernah memikirkan penat ketika habis bekerja, aku terus pergi ke hospital. Alhamdulillah satu lagi hikmah yang berlaku. Aku dapat menambat hati zaha supaya suka kat aku sebagai seorang abang. Zaha ni bukan jenis seorang yang mudah untuk menyukai seseorang, tapi kerana niat aku yang baik telah dapat melembutkan hati zaha.

Dua minggu aku di hospital sudah cukup untuk merapatkan hubungan aku dengan keluarga tunang aku. Dimana-mana sahaja pasti nama aku disebut “baguslah budak ni, kesian si ejoy penat jaga zaha’ bukan senang nak cari menantu cam dia” Rasa bangga pun ada, tapi tak boleh la lebih heheheheh nanti riak plak. Kini hati adik ketiga (zaha) telah ku tambat. Sekarang tibalah plak masa untuk aku mengambil hati adik bongsu . Adik bongsu ni bernama Amir. Setibanya Amir di kuantan, aku telah menjemputnya untuk tidur dirumah aku. Bukannya apa… Cuma nak mengambil hati je hehehheeh pasang umpan teng teng teng… Aku cuba selami hati amir supaya dia boleh suka kat aku sebagai bakal abg iparnya. Alhamdulillah hatinya juga dapat aku tawan hehehehhe (tgk kaki la) Amir ni seorang yang manja dan suka kalau orang bagi hadiah kat dia. Semua tu aku tahu dari tunang aku la so apalagi gunala kelemahan yang ada heheheheh Setelah sehari berada dirumah aku dia pun balik ke rumahnya di Chini. Aku macam biasa masih menjaga zaha…

Setelah lama menjaga zaha, segala rahsia dapat aku korek teng…teng…teng bukannya rahsia apa… rahsia perangai adik beradik dia la. Tapi masa terlalu mencemburui aku kerana zaha telah discharge pada hari jumaat yang lalu. So sekarang ni aku balik kepada normal. Tak payah nak gi hospital lagi. Kadang2 rasa cam lain je bla tak gi hospital. Bukannya apa… dah biasa…
So aku harap korang semua dah tahu kenapa dah lama aku tak update blog ni. Insyaallah kalau ada idea yang bernas aku pasti akan mencoretkannya.

2 comments:

Anonymous said...

Oh Yati nama dia, hehe baguslah ejoy, best la Zaha dpt abg ipar se-best ejoy, pasti korang lepas ni dah mcm adik beradik je

Rasa jeles plak kat ko haha, aku bila lah pulak

Anonymous said...

ko pun buat la cam ijoy..tapi sebab ko xde pasangan lagi..ko pi je hospital manjung tu, ko pi wad eksiden..ko interview sorang2 ada kakak bujang tak..kalo ada ko rajin2 la jaga budak tu..ok??

Post a Comment