Wednesday, April 22, 2009

Berhenti merokok


Salam,
Hari ni aku nak cerita sikit ttg diri aku yang aku rasa dah meningkat setapak meju kehadapan.
Kalau korang baca tajuk pun korang dah tahu kan... Berhenti merokok mmg susah bagi perokok2 tegar cam aku ni... Bayangkanlah sejak sekolah lagi aku dah mula berjinak-jinak dengan rokok.


Aku percaya semua orang tahu merokok tu merbahayakan kesihatan, even dekat kotak rokok tersebut pun ada tulis perkataan tersebut. Tapi perkataan tersebut tidak pernah buat aku rasa untuk berhenti menjadi seorang perokok. Tunang aku pun dah banyak kali bising kat aku coz merokok.. malah kawan2 juga sering memberi nasihat yang sama. Tapi aku buat tak endah je..

Sebenarnya, jauh didalam hati ni pernah tersimpan niat untuk berhenti merokok, banyak kali juga aku dah cuba tapi masih gagal sehinggalah pada suatu hari ketika aku hendak beli rokok, aku ternampak semua kotak rokok tersebut di print dengan gambar yang sungguh menjijikan aku. Oleh sebab itu semakin kuat lagi hasrat aku untuk berhenti merokok. Terima kasih kerana kerajaan buat camtu, sekurang-kurangnya ramai perokok akan cuba untuk berhenti merokok termasuklah aku.

Dengan permulaan, aku mengurangkan jumlah batang rokok yang dihisap sehinggalah hampir sebulan aku berjaya dengan jumlah sifar menghisap rokok. Memang susah untuk lakukan perkara tersebut,
terasa dada teramat sakit kerana tak dapat nak hisap asap rokok, tapi aku kuatkan semangat disamping memikirkan ttg masa depan dan aku akan berumahtangga tak lama lagi. Tapi alhamdulillah akhirnya aku berjaya.

Bagi aku semua perokok boleh berhenti menghisap rokok sepertimana yang aku lakukan, yang penting perokok tersebut benar2 ingin melakukannya. Cuba sibukkan masa anda dengan aktiviti yang berfaedah dan jauhkan diri daripada kawan2 yang menghisap rokok. Insyaallah anda pasti boleh lakukan. TIADA YANG MUSTAHIL UNTUK ANDA LAKUKAN.

KATAKAN TIDAK PADA ROKOK!!!!

5 comments:

Rjuna said...

Bagusla ejoy kalau ko nak berhenti, aku sokong 100%

try seminggu-sebulan-setahun dan selama-lamanya, kalau gian makan gula-gula, ada ubat dah kat pasaran, kalau ko isap jugak dia tukar jadi tak sedap

anda mampu mengubahnya

Ejoy said...

Terima kasih rjuna, aku akn sentiasa ingat nasihat ko tu...

H+zizy said...

Oo..dulu ko curi-curi isap rokok kat hostel yerk?? Alah, ko bayangkan muka wife ko terbatuk-batuk akibat asap rokok. Kalo tak sian tak tau le hihi.. Nanti ko 'sihat' macam aku yang dah quit smoking hampir 2 tahun :-)

r i J a L said...

waaa.. sudah tatak isap lokok ka kwn..

manyak bagus.. itu lebih baik maa..

ckp sama tatak mau merokok..

malaysia moleh..

atoy said...

isap la kawan ku..kau bayangkan isap rokok tu mcm isap nenen hahahahaha syok oooo

Post a Comment