Friday, October 24, 2008

Kesalahan yg mungkin dilakukan kepada wanita


Askum.

Kepada pembaca semua harini aku nak bercerita sedikit tentang kesalahan lelaki yang mungkin dilakukan kepada wanita. Kepada pasangan yang baru ingin bercinta dan juga sudah bercinta... bolehla anda menggunakan tips dibawah:

1. BERLAGAK TERLALU SEMPURNA.
Sebagai seorang lelaki kita tidak boleh sentiasa berlagak sempurna kerana sudah
fitrah manusia yang dilahirkan semuanya tidak sempurna iaitu tidak perfect.
So jgnlah sentiasa berlakon kepada wanita bahawa anda ini seorang yang terlalu
baik kerana wanita boleh menghidu orang yang manipu. Jadilah diri anda sendiri,
manatahu disebalik diri anda terdapat satu kehebatan yang anda sendiri tidak
tahu.

2. PAKSA DIRI DISUKAI
Apa yang anda harus lakukan jika anda menyukai diri seorang wanita... tetapi
wanita itu sebaliknya. Pasti anda akan cuba paksa dia agar meminati anda..
betulkan???? Sukar bagi kita untuk memaksa wanita tertarik pada kita.. jadi,
bagi saya ini adalah idea yang kurang bernas untuk digunakan. Carilah cinta
yang benar-benar sejati dan bukannya cinta paksaan.

3. MENGONGKONG
Jika anda seorang pengongkong pasangan anda.. hentilah sikap tersebut
kerana wanita tidak suka dikongkong. Belajarlah cuba mempercayai satu sama
lain... tak perlulah bila nak keluar dengan seseorang misalnya spt kakak abg
or orang lain perlu wanita tersebut meminta keizinan dari anda. Percayalah
wanita rimas untuk dibuat begini.

Monday, October 13, 2008

Mudahkah Bergelar Suami



Pasti diantara pembaca2 semua sudah bergelar sebagai seorang suami ataupun bakal menjadi seorang suami. Mudahkah kaum adam ini untuk memikul gelaran sebagai seorang suami serta tanggungjawabnya. Disini aku ingin sertakan 16 dalil-dalil untuk menjadi seorang suami yang hebat.

Dalil-dalilnya:

1. Suami mesti menjadi ketua keluarga @ pemimpian keluarga.
2. Mengajar serta mendidik keluarga dengan ajaran-ajaran agama.
3. Memberi nafkah zahir dan batin yang secukupnya.
4. Menegur dan menasihati ahli keluarga jika melakukan sebarang kesilapan.
5. Suami hendaklah sentiasa menghiburkan keluarganya ketika didalam kesedihan
mahupun didalam kegembiraan.
6. Suami hendaklah sentiasa mengagungkan tuhan (Allah) dan sentiasa berpegang
kepada ajarannya.
7. Sentiasa bekerjasama dengan isteri yakni membantu isteri didalam semua bidang
termasuklah dalam hal-hal kerja rumah.
8. Tidak bermain kayu tiga dengan isteri iaitu tidak menjalinkan hubungan dengan
wanita lain selain isterinya.
9. Berbincang bersama ketika mempunyai sebarang masalah dan sentiasa bertolak ansur.
10. Tidak mendedahkan segala kejahatan dan keburukan isteri kepada org lain.
11. Sentiasa merendah diri.
12. Sentiasa kasih dan belas kepada isteri.
13. Suami yang baik mampu menjadi imam kepada isteri dan keluarga ketika menunaikan
solat.
14. Sentiasa menjadi suami yang romantik.
15. Penyayang.
16. Kreatif menjadi seorang pemimpin.

Insyaallah jika anda semua mengikut tips-tips diatas pasti rumah tangga anda akan sentiasa kembang mekar dan harum ibarat bunga mawar di taman.
Jadi kepada bakal-bakal suami dan juka yang telah menjadi suami.. RENUNG-RENUNGKAN tips diatas.

Sunday, October 12, 2008

The Fabulous Cats - Bawa Ku Terbang

Download mp3 The Fabulous Cat - Bawaku Terbang

Rumah Terbuka

Askum.
Hari ni aku nak bercerita sedikit ttg rumah terbuka (open House). Di musin raya ni.. mesti korang semua sibuk dgn persiapan rumah terbuka atau menerima jemputan rumah terbuka... Aku pun sama gaklah camtu... Hari ni sibuk sgt dok gi umah terbuka... sampai ke petang baru balik umah... Kalau korang semua nak tahu... aku ni tiap2 tahun.. jadi ketua rombongan rumah terbuka heheheh.. sesapa je yang ada buat invitation rumah terbuka pasti aku jadi leader rombongan menyusun atur untuk pergi ke rumah terbuka... bukannya apa... ni semua untuk memudahkan perjalanan... macam kat iklan tu cakap... "rancang sebelum melakukan perjalanan". Tapi yang peliknya... dlm sibuk menyusun atur jadual untuk pergi rumah terbuka tuuu... takdelah plak listing umah aku heheheh maklumla bujang... takkan nak buat umah terbuka ye tak???? Selalunya aku ni sibuk dok ajak kawan2 bujang je datang umah terbuka aku.. senang sikit... Sebenarnya aku bercadang nak buat open house untuk kawan2 bujang esok... so sapa2 yg rasa dia tu bujang jemputla datang ke rumah aku.. hehehh makan je ala kadar... rasanya nak serve nasi briani... tapi pagi2 esok dah ada invitation umah terbuka staff bank... so lepas habis gi umah dia... aku terpaksa la berperang kat dapur masak nasi briyani... mesti korang tak percayakan.. aku pandai masak hehehh (perasan la tu) aku bukan nak nak berlagak... tapi mmg dah bakat macam chef wan hahahahah (angkat bakul sendiri beb)... Bukan senang tau nak rasa masakan aku ni... setahun beberapa kali je aku masak.. tu pun tgk mood... Ok kita sambung balik cite umah terbuka... biasanya kat umah terbuka ni mmg la banyak makanan yang dihidangkan.. tapi perut aku ni bukannya muat banyak makanan pun... bumper je besar... muatan sikit je heheheh... kalau umah pertama dan kedua tu... blehla aku belasah makan banyak2 tapi kalau umah ketiga dan seterusnya... setakat ambil bau je la... Setiap tahun pasti aku tak pernah melepaskan diri untuk pergi ke jemputan umah terbuka... maklumla.. bujangkan.. so senang la tak yah nak masak... untung sabut dapat bawa balik bekalan hehheeh so kepada sesapa yang nak buat umah terbuka tu jgn la lupa dan malu-malu nak jemput aku datang... mesti tak rugi coz aku sure datangnyer if ada masa kelapangan la hehhehe.

Tuesday, October 7, 2008

Jalan-jalan Hari Raya


Pada hari sabtu yang lepas (raya ke4) Jamil dan apek ada bertandang ke rumah aku. Terima kasih kerana sudi menziarahi aku dirumah. Lama aku tak jumpa dengan diaorang semua... hahahah banyak juga benda yang kita borakkan.. tak sangka sudah 8 tahun kami tidak bersekolah tetapi tradisi jalan diwaktu raya masih kami amalkan... buat pengetahuan semua hampir setiap kali raya pasti kami bertiga akan keluar bersama-sama berhari raya... Hari tu kitaorang cadang nak pi tgk wayang cite senario... tapi rezeki takde... tiket wayang habis dijual ibarat goreng pisang panas... so terpaksalah tukar kepada pelan B... korang nak tahu apa dia pelan B tu??? konon-kononnya nak pi la main boling... bila dah sampai tang ctu.. penuh plak budak2 black metal yang kurang menyenangkan aku Jamil dan Apek... nak main pun takder selera.. mereka langsung tak pandai nak hormat orang... tak tahulah apa nak jadi dengan budak2 zaman sekarang ni... langsung takder pendidikan sivik.. so tukar la plak pelan C... nak pergi karaoke... puas pi cari pusat karaoke.. tapi semuanya tutup... macam takde rezeki je aritu nak bersosial... so apalagi pi jln2 makan angin dalam kete jelah... walaupun aktiviti tahun ni kurang memberangsangkan seperti tahun-tahun yang lepas... tapi aku bersyukur kerana dapat keluar dengan apek dan jamil... thanks guys... you are my best friend...forever