Monday, October 13, 2008

Mudahkah Bergelar Suami



Pasti diantara pembaca2 semua sudah bergelar sebagai seorang suami ataupun bakal menjadi seorang suami. Mudahkah kaum adam ini untuk memikul gelaran sebagai seorang suami serta tanggungjawabnya. Disini aku ingin sertakan 16 dalil-dalil untuk menjadi seorang suami yang hebat.

Dalil-dalilnya:

1. Suami mesti menjadi ketua keluarga @ pemimpian keluarga.
2. Mengajar serta mendidik keluarga dengan ajaran-ajaran agama.
3. Memberi nafkah zahir dan batin yang secukupnya.
4. Menegur dan menasihati ahli keluarga jika melakukan sebarang kesilapan.
5. Suami hendaklah sentiasa menghiburkan keluarganya ketika didalam kesedihan
mahupun didalam kegembiraan.
6. Suami hendaklah sentiasa mengagungkan tuhan (Allah) dan sentiasa berpegang
kepada ajarannya.
7. Sentiasa bekerjasama dengan isteri yakni membantu isteri didalam semua bidang
termasuklah dalam hal-hal kerja rumah.
8. Tidak bermain kayu tiga dengan isteri iaitu tidak menjalinkan hubungan dengan
wanita lain selain isterinya.
9. Berbincang bersama ketika mempunyai sebarang masalah dan sentiasa bertolak ansur.
10. Tidak mendedahkan segala kejahatan dan keburukan isteri kepada org lain.
11. Sentiasa merendah diri.
12. Sentiasa kasih dan belas kepada isteri.
13. Suami yang baik mampu menjadi imam kepada isteri dan keluarga ketika menunaikan
solat.
14. Sentiasa menjadi suami yang romantik.
15. Penyayang.
16. Kreatif menjadi seorang pemimpin.

Insyaallah jika anda semua mengikut tips-tips diatas pasti rumah tangga anda akan sentiasa kembang mekar dan harum ibarat bunga mawar di taman.
Jadi kepada bakal-bakal suami dan juka yang telah menjadi suami.. RENUNG-RENUNGKAN tips diatas.

0 comments:

Post a Comment