Monday, December 22, 2008

HUKUM CINTA

Setiap manusia di dunia ni pasti pernah merasa betapa indahnya hubungan percintaan. Pasti anda semua pernah menjalinkan hubungan percintaan dengan pasangan anda. Setiap hubungan pasti ada saat-saat gembira dan berduka.

Bagi aku setiap hubungan itu akan menjadi lebih manis dan bererti jika kedua-duanya saling memahami antara satu sama lain. Setiap pasangan harus sentiasa alert dengan pasangan anda sendiri.

Ada dua hukum cinta yang anda patut kena tahu jika pasangan anda sedang marah atau merajuk.

1. x angkat telefon + x bls sms = merajuk.

2. Off hset = Marah atau benci

Dua hukum tersebut jelas memberi maksud yang sebenar. Jika anda semua pernah mengalami situasi begini, anda seharusnya kena tahu bahawa pasangan anda sedang merajuk ataupun marah. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan cara memujuknya semula supaya dia akan kembali seperti biasa.

Cara-cara memujuk.

1. Pergi ke rumahnya dan memberi sejambak bunga.
2. Meminta maaf dengannya secara bersungguh-sungguh walaupun kita tidak bersalah
kerana kaum hawa mmg suka tgk lelaki ni merendah diri.
3. Kalau anda seorang yang romeo, anda boleh nyanyikan lagu-lagu jiwang kepadanya,
mungkin cara ini akan berhasil kerana perempuan mmg suka teman lelakinya
menyanyikan lagu untuknya.

Aku rasa dengan cara ini pasti akan membuat hubungan anda semua menjadi lebih manis dan penuh dengan kenangan. Biasalah asam garam kehidupan kadang-kadang manis dan kadang2 sebaliknya. Setiap hubungan itu pula boleh disamakan dengan gelombang dilautan kadang-kadang tenang, kadang-kadang bergelora.

Sunday, December 14, 2008

Reunion

Assalammualaikum.

Dah lama rasanya aku tak update blog ni. Mesti korang semua boring bla buka masih tak update lagi blog ni heheheh. Oklah harini aku nak ceritakan satu reunion yang aku buat dengan dua orang best friends aku.

Tanggal 07.12.2008 yakni sehari sebelum raya haji haritu, aku buat perjanjian dengan Mr Rjuna n Mr evolution untuk berjumpa. Al maklumlah kitaorang ni dah lama tak kuar gi enjoy heheheheh. So aku cam biasa akan menunggu Mr Evolution dirumah coz dia akan datang rumah aku dan pergi ke manjung untuk berjumpa dengan Mr Rjuna. Seawal pukul 11.00 pagi evolution telah sampai dirumah. Seperti biasa juga dia akan park motor dirumah aku dan pergi menaiki kereta bersama.

Kira2 50min perjalanan aku sampai ke rumah Rjuna. Apalagi berborak la sekejap dirumahnya untuk mengaturkan perancangan pesta muda-mudi untuk haritu hehehheeh.
Firstly kitaorang pergi ke pusat karaoke Sitiawan, mmg dari dulu dah kitaorang semua nak gi karaoke, tapi waktu kat Ipoh haritu semuanya tutup so sedih dol... So kitaorang qada la pada 07.12.08 tu.



Sesampainya di pusat karaoke tersebut semuanya dok ghairah dan sibuk nak memilih lagu. Setiap orang antara kami memilih 8 lagu untuk dinyanyikan.. 8x3=24
Uish banyak tu... mcam buat konsert mega plak heheheheh. Apalagi evolution telah memulakan majlis nyanyian tersebut tapi aku dah lupa lagu menda starting ek.. heheheh.


Yang pastinya antara lagu yang telah dinyanyikan oleh kami boleh dikatakan semuanya lagu jiwang terutama sekali si Rjuna. Semua lagu dia nyanyikan lagu putus cinta huhuhuhu sedih siot... Rjuna cintamu tak kesampaian ke???? Pasti suatu hari nanti kamu mendapat cinta sejati ibarat lagu wings tu.. "SEJATI"


Tak sangka dua orang kawan aku ni ligat jugak ek, siap gelek gerudi lagi hahahahahha... si evolution tu nampak cam senyap je, tapi time dalam karaoke.. dok tumbuh ekor dia... Lagu yang paling best kitaorang nyanyi haritu ialah lagu senario.. lagu tu Rjuna yang pilih.. Thanks Rjuna, lagu tu mmg membuatkan aku happy..

Selesai sahaja karaoke kitaorang semua pergi ke Lumut untuk membeli sotong kering coz tunang aku pesan. Pesanan tunang tidak boleh dilupakan. I love u sayang.. ewahhhh jiwang karat siot hahahhaahha. Pastu lepak kat tepi jeti sambil menghirup udara segar dan melakukan post maut untuk dijadikan kenangan bersama. Tak lupa juga sambil tu dok usha makwe comel2 untuk dua orang kawan aku ni la... kalau aku yang usha alamatnya kena parang arr dgn tunang aku heheheh, Waktu dok sedap2 si evolution ni usha satu awek.. tetiba je ada sorang mamat yang boleh dianggap seperti bapa kpd awek ni datang... tak jadi terus evolution nak ayat... ingatkan bapa awek tu, tapi bila ditgk pada jari awek dan mamat tu terdapat kemerahan inai yang sungguh menyala. Haaaaa.. sah diaorang ni baru nikah, kpd evolution jgn bersih heheheh cari yang lain la beb. hahahaha.



Dah habis gi cuci mata n menghirup udara segar, aku bawa diaorang pi Giant manjung, bukannya apa saja je nak beli pampers n baju anak sedara aku yang bakal dilahirkan di dunia ini pada 17.12.2008. Namanya Danish Darwish, kpd Danish Darwish paksu ucapkan selamat datang ke dunia yang penuh dengan pancaroba ini dan ingatlah bahawa paksu sayang kamu heheheheh. Setelah selesai membeli belah kitaorang pun decide nak gi main go kart, waktu tu dah pukul 6.30 ptg. Walaupun hari dah nampak mendung dan hujan akan turun tak lama lagi, kitaorang masih juga berdegil untuk pergi bermain go kart. So apalagi kita geraklah heheheh.


Sampai kat sana je bayar RM 10 seorang untuk membuat 7 pusingan kat litar tu. Mula2 malu n takut gak, almaklumlah aku ni bukannya pernah main go kart pun heheheh tapi dengan semangat F1 aku lakukan juga heheheh. Pada awalnya aku berada di kedudukan pertama tapi si evolituion ni sungguh cekap lalu memintas aku. Puas juga nak kejar dia ni.. Ketika si Rjuna nak potong aku tetiba je keretanya mengalami kerosakan enjin.... hahahahah Selamat tinggal romeo aku ucapkan pada si Rjuna. Sorry aku jalan dulu daa.... tapi Rjuna ni tak mudah nak mengalah, dia pecut untuk mengajar aku kembali. Dengan skill yang baru aku dapat ketika di pusingan ke 5 aku pun memecut laju meninggalkan Rjuna dengan jauh... Sorry Rjuna aku tetap no 2 hehehhe.

Selesai je main go kart aku pun hantar Rjuna pulang dan aku n evolution pun mula meninggalkan bandar manjung sebagai kenangan terindah. Dalam perjalanan pulang, hujan turun dengan lebat sangat so tak berani nak bawa laju coz mata aku ni rabun malam beb, kang ada plak yang maut heheheh. Apa yang ingin aku katakan disini, mmg best betul reunion dengan korang guys. Ini merupakan kengan yangindah untuk kita bertiga. Walau apapun terjadi you all guys tetap sahabat aku dunia dan akhirat.
Amin....