Sunday, September 21, 2008

Ekspo Ramadhan

Hai, ketemu kita sekali lagi.
Aku baru sahaja balik dari ekspo Ramadhan di kuantan, disini aku ingin berkongsi sedikit cerita dengan pembaca semua. Hampir 9 hari lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri, nampaknya orang ramai sekarang tgh sibuk pergi membeli-belah untuk persiapan hari raya. Ketika aku berada di ekspo tadi.. keadaannya terlalu sibuk dan sesak sampaikan nak parking kereta pun susah... maklumlah semuanya nakkan yang terbaik untuk hari raya nanti. Pelbagai benda yang dijual disana termasuklah pakaian, perhiasan rumah n diri, kuih muih dan macam-macam lagi. Hampir kelabu mata aku melihat semua benda tu... sampai tak tahu nak beli apa... Bagi mereka yang hendak membeli tu.. ingatlah supaya tidak terlalu boros, rancanglah dulu sebelum membeli agar kita tidak tersalah membeli. Bagi mereka yang berkerja pastinya mengambil jalan mudah untuk membeli sahaja biskut raya... betul tak??? Macam2 pilihan yang ada... yang penting kita mesti bijak untuk memilih bagi mendapatkan barang yang terbaik. Aku percaya.. ramai juga pembaca yang telah banyak menyiapkan persiapan hari raya... Apa-apa pun aku ingin mengucapkan selamat membeli belah dan jadilah pembeli yang bijak heheh...

0 comments:

Post a Comment