Tuesday, December 15, 2009

Kursus

Salam.
Mungkin aku dah lama tak tulis cerita dalam blog ni, sebenarnya aku baru je balik dari berkursus di Ancasa hotel Kuala lumpur selama 3hari 2 malam. Aku terpaksa menghadiri kursus untuk implement system baru di bank. Kat sana jadual aku sangat pack sampai tak sempat nak buka laptop.




Waktu siangnya aku sibuk mendengar taklimat untuk system baru, pada waktu mlmnya plak aku sibuk dok jumpa kawan2 lama di KL yang dah lama tak jumpa... tak lupa juga untuk pergi bersiar-siar dikawasan sekitar Kuala lumpur. Kalau korang nak tahu... ni 1st time aku kena gi kursus dengan manager aku... pastu dok satu bilik plak tuuu ... pegghhhh mesti tak bestkan heheheh yelah.. aku kan orang bawahan.. so mana best nak bergaul dengan orang atasan... Nasib baik muka aku ni tak malu sikit.. so boleh la join dengan manager aku hehehehhe...

Hampir 6 tahun aku tak jumpa dengan Aki... dah lama dia menghilangkan diri.. tak sangka.. waktu di Kl aritu.. Aki jumpa aku kat hotel.. Tq Aki coz sudi luangkan waktu bersama aku walaupun tak sampai setengah jam... Maaf kerana tak boleh nak borak lama2.. maklumla jadual aku terlalu pack... Selain dari Aki.. aku juga sempat berjumpa dengan Zaidi... Zaidi ni mmg bagus.. setiap kali aku kursus kat KL pasti jumpa dengan dia... terima kasih juga kerana sudi meluangkan masa dengan aku...

Pada malam tuu aku gi jln2 kat petaling street.. macam2 ada jual kat sana.. termasuklah barang panas hahahha.... tuu klu mil dgr mesti suka hehehhehe... pastu gi makan malam dgn zaidi.. Waktu siang tu plak aku gi Sogo.. mula2 nak pi naik kete.. pastu boss aku plak ajak gi jln kaki.. dia cakap nak excersize... maklum la badan kitaorang ni dah makin membesar heheheh... Apalagi.. aku pun mulakan langkah seribu dengan laju... tercungap2 bos aku follow... ha tuu dia.. dah terbatuk2 En Nuar... mesti pasni surrender nak ikut aku gi jln2 heheheh...

Waktu balik dari sogo tuu dia ajak aku balik naik tren... malasla aku... tadi cakap nak exersize.. so skang ni jln jela kaki heheheh hampir 10km kitaorang jln kaki petang tuu.. bayangkan berapa kalori dah turun... tapi tak kurus pun badan ni hehehhe....

Petang ahad tuu kursus aku baru habis... sebelum balik ke kuantan... sempat lagi dok pekena satay kajang di Melawati.. aku dok bawa boss aku mkn kat sana.. biar dia rasa kesedapan satay tersebut hehehhe... Kira2 jam 6.00 ptg baru bertolak ke Kuantan... Sampai Kuantan pun hampir kul 9.00 mlm.. so apalagi.. gi mandi cepat2 pastu terus plak drive ke rumah mak mertua selama 1jam perjalanan... Yelah.. bukannya apa... nak jumpa isteri yang tersayang... dah rindulah hehehhe... time aku kursus tuu aku hantar wife kat umah mertua... Sian plak kat dia tinggal sorang2 kat umah.. lagipun dia dah sarat.. nanti takut apa2 berlaku susah plak... hehehhe


Malam ni plak aku dok bujang kat umah coz isteri aku tak balik lagi.. lagipun cuma 2 hari je aku nak keja.. pastu aku balik semula ke umah mertua... nampaknya aku bujang 2 hari laa hehehehehe..

Klah setakat ni saja untuk hari ni...

Tuesday, December 8, 2009

KORBAN

Pada kebiassaanya korban ni sering kita dengar bila hampirnya hari raya korban. Semua orang dok sibuk gak nak korban lembu, kambing atau kerbau.. Tapi adakah korban ni hanya semata-mata korban binatang...

Sebenarnya aku nak cerita, pada hari raya korban aritu aku ada buat dua korban.. salah satunya aku buat korban kerbau.. mmg dah lama aku berniat nak buat korban tu.. tapi sebelum ni duit tak cukup lagi.. alhamdulillah tahun ni tercapai juga impian aku untuk buat korban sempena hari raya korban..

Tahun ni aku korban kerbau.. korang boleh tengok gambar yang aku attachkan sekali heheh... Memang best buat korban ni.. selain daripada menunaikan ibadah.. kita juga boleh mengeratkan hubungan persaudaraan dengan kawan2 yang lain.. Bukannya apa.. bila buat korban ni.. ramai yang akan membantu untuk menyiapkannya dengan cepat disamping teratur... Ada yang ambil bahagian melapah, ada pula yang mengambil bahagian menimbang, tidak ketinggalan juga mengambil bahagian memotong daging dan juga membahagikan daging tersebut kepada orang ramai sebagai sedekah.




Di dalam islam, hukum bagi orang yang buat korban... dia cuma boleh ambil daging tersebut sebanyak 1/3 daripada jumlah bahagian yang dia punya... ha!!! kalau korang tak tahu sebelum ni.. sekarang ni korang dah tahu kan... takde la jadi buta agama hehehhe..
Aritu pun aku ambil daging korban tu tak sampai 1/3, bukannya apa.. dah niat untuk bersedekah...

Selain dari itu, aku ada juga buat pengorbanan pada isteri aku... terpaksa duduk berjauhan ketika takbir raya sedang dibacakan.. isteri aku tak dapat nak ikut balik memandangkan umah dia ada kenduri, adik ipar aku bertunang... lagipun dia dah sarat mengandung.. jln jauh2 ni bleh buat dia letih.. so aku pun berkorban la untuk dia tinggal di Pahang.. huhuhu sedihnya hehehhe...Lagipun aku tak nak kelam kabut.. aku pun balik perak cuma 2 hari je... nak kejar kenduri di pahang juga... Alhamdulillah kenduri pun berjalan dengan lancar.

Oh ya... dah panjang lebar dah aku tulis ni.. time to sleep... lain kali aku cite lagi ek... Kepada sesiapa yang tak buat korban ni.. silalah lakukannya jika anda mampu...

Barang baru

Salam,
Arini aku nak cerita sikit tentang barang baru yang aku beli tadi.
Arini aku gi daftar line P1 w1max, so skang ni aku tgh test line dia samada laju atau tidak.. mula2 tadi mmg lembab giler... lebih lembab dari kura-kura dan siput.. Pastu aku pun rasa hangin la... mana tidaknya iklan kat dlm tv tu cam bagus je....

Disebabkan terlalu hangin mengalahkan angin puting beliung hahahahaha... aku pun call center P1w1max, pastu aku buat la complain kat dia... mcm2 la aku bising... then dia suruh aku buat macam2 kat modem tuu.. last sekali skang baru line dia ok.. ada la laju sikit... skang ni aku dlm tempoh percubaan selama 7 hari, jika aku tidak berpuas hati dengan servis yang diberikan... aku boleh cancel modem ni tanpa menanggung sebarang kerugian...

Biasala setiap sesuatu benda tu mesti ada kelebihan dan keburukkan... tapi P1w1max ni aku tak tahula samada banyak keburukkan atau kebaikkan.. masih terlalu awal lagi untuk aku buat andaian mengenainya... tapi klu la servis dia baik.. sure aku promote kat korang semua heheheh... Klah aku tak boleh nak tulis panjang2 ni.. maklum la nak test line heheheheh