Tuesday, December 15, 2009

Kursus

Salam.
Mungkin aku dah lama tak tulis cerita dalam blog ni, sebenarnya aku baru je balik dari berkursus di Ancasa hotel Kuala lumpur selama 3hari 2 malam. Aku terpaksa menghadiri kursus untuk implement system baru di bank. Kat sana jadual aku sangat pack sampai tak sempat nak buka laptop.




Waktu siangnya aku sibuk mendengar taklimat untuk system baru, pada waktu mlmnya plak aku sibuk dok jumpa kawan2 lama di KL yang dah lama tak jumpa... tak lupa juga untuk pergi bersiar-siar dikawasan sekitar Kuala lumpur. Kalau korang nak tahu... ni 1st time aku kena gi kursus dengan manager aku... pastu dok satu bilik plak tuuu ... pegghhhh mesti tak bestkan heheheh yelah.. aku kan orang bawahan.. so mana best nak bergaul dengan orang atasan... Nasib baik muka aku ni tak malu sikit.. so boleh la join dengan manager aku hehehehhe...

Hampir 6 tahun aku tak jumpa dengan Aki... dah lama dia menghilangkan diri.. tak sangka.. waktu di Kl aritu.. Aki jumpa aku kat hotel.. Tq Aki coz sudi luangkan waktu bersama aku walaupun tak sampai setengah jam... Maaf kerana tak boleh nak borak lama2.. maklumla jadual aku terlalu pack... Selain dari Aki.. aku juga sempat berjumpa dengan Zaidi... Zaidi ni mmg bagus.. setiap kali aku kursus kat KL pasti jumpa dengan dia... terima kasih juga kerana sudi meluangkan masa dengan aku...

Pada malam tuu aku gi jln2 kat petaling street.. macam2 ada jual kat sana.. termasuklah barang panas hahahha.... tuu klu mil dgr mesti suka hehehhehe... pastu gi makan malam dgn zaidi.. Waktu siang tu plak aku gi Sogo.. mula2 nak pi naik kete.. pastu boss aku plak ajak gi jln kaki.. dia cakap nak excersize... maklum la badan kitaorang ni dah makin membesar heheheh... Apalagi.. aku pun mulakan langkah seribu dengan laju... tercungap2 bos aku follow... ha tuu dia.. dah terbatuk2 En Nuar... mesti pasni surrender nak ikut aku gi jln2 heheheh...

Waktu balik dari sogo tuu dia ajak aku balik naik tren... malasla aku... tadi cakap nak exersize.. so skang ni jln jela kaki heheheh hampir 10km kitaorang jln kaki petang tuu.. bayangkan berapa kalori dah turun... tapi tak kurus pun badan ni hehehhe....

Petang ahad tuu kursus aku baru habis... sebelum balik ke kuantan... sempat lagi dok pekena satay kajang di Melawati.. aku dok bawa boss aku mkn kat sana.. biar dia rasa kesedapan satay tersebut hehehhe... Kira2 jam 6.00 ptg baru bertolak ke Kuantan... Sampai Kuantan pun hampir kul 9.00 mlm.. so apalagi.. gi mandi cepat2 pastu terus plak drive ke rumah mak mertua selama 1jam perjalanan... Yelah.. bukannya apa... nak jumpa isteri yang tersayang... dah rindulah hehehhe... time aku kursus tuu aku hantar wife kat umah mertua... Sian plak kat dia tinggal sorang2 kat umah.. lagipun dia dah sarat.. nanti takut apa2 berlaku susah plak... hehehhe


Malam ni plak aku dok bujang kat umah coz isteri aku tak balik lagi.. lagipun cuma 2 hari je aku nak keja.. pastu aku balik semula ke umah mertua... nampaknya aku bujang 2 hari laa hehehehehe..

Klah setakat ni saja untuk hari ni...

0 comments:

Post a Comment