Tuesday, December 8, 2009

KORBAN

Pada kebiassaanya korban ni sering kita dengar bila hampirnya hari raya korban. Semua orang dok sibuk gak nak korban lembu, kambing atau kerbau.. Tapi adakah korban ni hanya semata-mata korban binatang...

Sebenarnya aku nak cerita, pada hari raya korban aritu aku ada buat dua korban.. salah satunya aku buat korban kerbau.. mmg dah lama aku berniat nak buat korban tu.. tapi sebelum ni duit tak cukup lagi.. alhamdulillah tahun ni tercapai juga impian aku untuk buat korban sempena hari raya korban..

Tahun ni aku korban kerbau.. korang boleh tengok gambar yang aku attachkan sekali heheh... Memang best buat korban ni.. selain daripada menunaikan ibadah.. kita juga boleh mengeratkan hubungan persaudaraan dengan kawan2 yang lain.. Bukannya apa.. bila buat korban ni.. ramai yang akan membantu untuk menyiapkannya dengan cepat disamping teratur... Ada yang ambil bahagian melapah, ada pula yang mengambil bahagian menimbang, tidak ketinggalan juga mengambil bahagian memotong daging dan juga membahagikan daging tersebut kepada orang ramai sebagai sedekah.




Di dalam islam, hukum bagi orang yang buat korban... dia cuma boleh ambil daging tersebut sebanyak 1/3 daripada jumlah bahagian yang dia punya... ha!!! kalau korang tak tahu sebelum ni.. sekarang ni korang dah tahu kan... takde la jadi buta agama hehehhe..
Aritu pun aku ambil daging korban tu tak sampai 1/3, bukannya apa.. dah niat untuk bersedekah...

Selain dari itu, aku ada juga buat pengorbanan pada isteri aku... terpaksa duduk berjauhan ketika takbir raya sedang dibacakan.. isteri aku tak dapat nak ikut balik memandangkan umah dia ada kenduri, adik ipar aku bertunang... lagipun dia dah sarat mengandung.. jln jauh2 ni bleh buat dia letih.. so aku pun berkorban la untuk dia tinggal di Pahang.. huhuhu sedihnya hehehhe...Lagipun aku tak nak kelam kabut.. aku pun balik perak cuma 2 hari je... nak kejar kenduri di pahang juga... Alhamdulillah kenduri pun berjalan dengan lancar.

Oh ya... dah panjang lebar dah aku tulis ni.. time to sleep... lain kali aku cite lagi ek... Kepada sesiapa yang tak buat korban ni.. silalah lakukannya jika anda mampu...

1 comments:

aku said...

wahh... ejoy ke ni :O

Post a Comment