Sunday, July 12, 2009

Hari paling bahagia

Apa kabar semua pembaca... Mungkin sudah terlalu lama aku tidak menulis berikutan terlalu sibuk dan juga ketandusan idea yang bernas. Oleh kerana itu hari ini aku ingin mencoretkan sedikit cerita yang mungkin dapat menghilangkan rasa rindu dengan penulisan aku hahahhaha...

Sebenarnya aku baru sahaja menamatkan zaman bujang aku pada tanggal 7 jun 2009 dimana tarikh tersebut adalah tarikh keramat hidup aku. Dengan seawal 6 pagi pada hari tersebut aku telah bangun untuk bersiap bagi menghadiri majlis paling bahagia untuk diri aku. Kalau korang semua nak tahu terlalu banyak yang perlu disiapkan bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

Keluarga aku telah sampai kuantan pada hari sabtu iaitu 6 jun 2009 tapi mungkin nasib tak menyebelahi mereka, van yang dinaiki telah rosak kat temerloh, so terpaksa la aku gi temerloh membawa sparepart untuk diganti. Memang banyak dugaan yang aku tempuhi sebelum bergelar seorang suami. Aku percaya dengan kata2 pujangga, kadang2 tuhan sorokkan dulu cahaya matahari dan tiba2 tuhan berikan kita cahaya pelangi.

Oklah kita sambung balik cerita tadi, aku sampai di rumah bakal isteri aku tepat jam 10.30 pagi, kelihatan orang ramai dah berkumpul disana bagi melihat upacara pernikahan dilakukan. Kalau nak diikutkan mmg takde perasaan debar langsung pada ketika itu, cuma perasaan debar itu hadir sebelum seminggu dari hari itu. Mungkin berkat doa kepada allah membuatkan aku tidak berdebar. Alhamdulillah upacara tersebut berjalan dengan baik dan lancar sekali.

Aku mula berssanding tepat jam 1.30ptg ramai juga kenalan yang hadir pada hari tersebut. Thanks to you all coz sudi hadir, maaf jika tidak dapat memberi layanan terbaik... tak kiralah juga pada kenalan yang hadir dimajlis rumah aku (Perak). Selepas tamat majlis tersebut... apalagi mula la tukar baju hahahah nak buat apa tu??? mestilah nak basuh periuk belanga hahahahha. Korang tahu tak penatnya basuh periuk tu... dahla banyak... tapi apa yang penting kena buat rajin beb, baru bleh jadi menantu contoh hahahahhah.

Pada 14 Jun 09 plak berlangsung pula majlis perkahwinan di Perak yang mana merangkap rumah mak dan ayah aku hahahahha. Tapi yang sedihnya, tak ramai kawan2 aku yang hadir cuma kawan2 yang biasa je... camne pun terima kasih banyak2 ek.... jasa korang semua aku akan kenang sampai mati.. isssh cedih la plak hehehhe... Majlis kat umah aku ni tak la terasa letih sangat coz semuanya dilakukan oleh catering, so tak merasa la nak basuh periuk belanga hahah... waktu malam pula kitaorang sekeluarga sambut majlis harijadi... almaklumla keluarga aku ni ramai yang lahir pada bulan 6. Lepas habis je majlis hari jadi terus karaoke sampai kul 12.00 mlm hahhaha hapening siot...

Klah aku pun tak tahu nak tulis apa so korang tgk jelah gambar yang aku letak ni k... nak tido la plak mata dah ngantok hahahha.