Monday, January 5, 2009

Virus Yang Celaka

Hari ni aku nak cerita ttg virus yang begitu celaka kerana telah memalukan hidup aku.
Baru2 ni aku mendapat banyak mesej dalam friendster yang sungguh memalukan.. antaranya:
1. ko ni sangap ke ejoy?
2. Apa kes ko hantar gambar lucah kat aku??? Dah gatal sangat ke?
3. Kalau ko tak boleh nak tahan nafsu ko kawin je Joy..

Aku amat terkejut mendapat mesej seperti itu. Apa yang bermain di kotak fikiran aku ketika itu semuanya tanda soal...?? Apa yang telah aku lakukan sampai kawan2 semua hantar mesej camni? Diaorang ni gurau ke apa? Kenapa diaorang cakap aku ni sangap? uissshhh pening tol aku fikirkan... Bila aku bertanya semula kepada mereka semuanya tak menjawab. Aku menjadi makin keliru.

Sehinggalah pada suatu hari aku buka friendster kawan aku dan aku dapati di kotak komennya terdapat nama aku yang menghantar video perempuan yang membuat aksi2 lucah. Astafighullah halla'zim... perkatan tersebut tetiba je kuar dari mulut aku. Sungguh memalukan... Kerana tidak berpuas hati maka aku telah membaca beberapa artikel sehingga aku mengenal pasti bahawa angkara virus durjana dan celaka yang telah menyerang friendster yang telah memburukkan nama aku.

Lantas aku memainkan peranan yang cepat dengan menghantar mesej kepada semua listing friendster aku bagi membersihkan semula nama aku. Aku telah menerangkan kepada mereka bahawa friendster telah diserang virus yang celaka dan telah menghantar video lucah kepada friendster mereka dengan menggunakan nama aku. Aku amat berharap agar kawan2 dapat memahaminya dan tidak memburukkan nama aku. Aku percaya ramai juga pengguna friendster yang lain juga terkena sama macam aku. Oleh itu kita cuba sedaya upaya untuk membenteras virus yang celaka itu. Kepada pihak friendster aku berharap agar mereka dapat melakukan sesuatu supaya perkara ini takkan berulang lagi pada masa akan datang.

1 comments:

Anonymous said...

kak farhah ni..akak pun dpt ejoy..akak tk bukak pun biler tgk gambar pompuan seksi camtuh..rasanya x gamak ejoy antar msg lucah kan..
virus camtuh mmg menyusahkan org..
anyway..salam maal hijrah..semoga semua resolusi thn ini tercapai..
kirim salam warga bank..wassalam..

Post a Comment