Tuesday, January 6, 2009

Hari Pertama ke Sekolah


Semalam tanggal 5 Januari 2009 merupakan hari pertama persekolahan. Ramai anak-anak kecil yang sibuk melakukan persiapan untuk bersekolah. Tak kurang juga dengan ibubapa yang bertungkus lumus untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Dimana-mana jua tempat kerja, mesti ramai yang mengambil cuti untuk menghantar anak-anak ke sekolah, semuanya menjadi excited sangat. Sebelum memulakan persekolahan pasti para ibubapa sibuk menyiapkan persiapan anak-anak iatu pakaian, beg, kasut buku dan lain-lain alatan sekolah.

Terkenang kembali ketika zaman aku kecil dulu. Aku memang seorang yang tak sabar nak masuk sekolah even nak pergi tadika pun terlalu excited. Ketika memasuki tadika mak dan abah tidak menghantar aku, cuma menghantar aku menaiki van di depan rumah je. Mungkin mereka percaya dengan aku kot heheheh. Sesampainya aku dipintu tadika dulu, kelihatan penuh dengan sesakan ibubapa masing-masing. Terfikir sejenak di fikiran aku ni, kenapa diaorang semua nak mak bapa datang sekali ek???? pelik gak aku... rupanya barulah aku tahu, tak semua kanak-kanak yang boleh berdikari sendiri mcm aku. Tapi kadang-kadang tu sedih juga, coz semua mak bapa diaorang datang tapi mak bapa aku datang pun...

Ketika dibangku tadika lagi, macam-macam perangai kawan-kawan yang aku dapat lihat. Ada yang menangis teresak-esak tak nak belajar, ada yang nak balik sampaikan mak bapa dia kena tunggu seharian di tadika. Ada juga yang membuang air besar didalam seluar sendiri. Jika difikirkan semula, memanglah kelakar sangat.. heheheh
Tapi bagi aku saat untuk ke tadika memang aku nanti-nantikan sehingga aku berjaya menjadi pelajar nombor satu dan pelajar contoh. Tidak akan pernah aku lupakan kenangan manis ni.

Sewaktu memasuki darjah satu, aku masih seperti dahulu... mak ngan abah tak dapat menghantar aku ke sekolah, tapi itu tidak bermakna aku bersedih kerana aku mmg sudah diajar untuk berdikari. Pada hari pertama persekolahan ramai ibubapa yang menunggu anak-anak mereka dibelakang kelas. Bukannya apa takut anak mereka menangis or tak nak belajar plak heheheh mmg la kelakarkan....

Situasi ketika berada didarjah satu mmg berbeza daripada tadika, ketika di tadika tiada sebarang pakaian uniform untuk dipakai tetapi ketika didarjah satu, uniform merupakan pakaian wajib dan rasmi untuk di pakai kesekolah. Ingat lagi zaman dulu-dulu.. pergi sekolah dengan memakai seluar pendek, kalau pakai seluar panjang tu mmgla pelik coz zaman dulu mmg pakai seluar pendek ke sekolah heheheheh berbeza dengan zaman sekarang ni, zaman sekarang ni kalau pakai seluar pendek ke sekolah mmg nampak terlalu pelik.

Jika dikenang-kenangkan banyak juga kenangan manis ketika memasuki hari pertama persekolahan. Aku percaya korang semua pasti ada kenangan tersendirikan.... Yang penting itu semua telah menjadi sejarah hidup masing-masing. Sekarang ni pelopor kita pula akan merasai bagaimana rasanya ketika hari pertama persekolahan, Tapi sejarah yang sama mesti tidak akan berulang lagi kan...

So sampai disini sahaja coretan aku kali ini.

0 comments:

Post a Comment