Saturday, January 3, 2009

Azam tahun baru

Assalammualaikum,
Kepada semua pembaca aku ucapkan Selamat Tahun Baru. Mesti korang ada banyak azam baru untuk tahun ni kan. Aku pun sama gak tak terlepas dari tu semua. Tapi kadang2 setiap apa yang kita azamkan tak semestinya akan tercapai. Cotohnya aku ada terbaca dalam blog Rjuna.net, banyak juga azam tahun lepas dia yang masih belum tercapai. Kepada Rjuna aku harap agar tahun ni akn menyaksikan semua azam2 tahun lepas anda berjaya dizapai.. insyaallah.

Tahun ni aku telah berazam untuk menamatkan zaman bujang aku. Aku sebenarnya dah boring duduk sorang-sorang hehehehehe biarlah pada tahun ni aku berteman pula. Insyaallah ianya pasti akan menjadi kenyataan. Sama-samalh kita berdoa yek. Kepada kawan-kawan yang lain pun aku berharap agar mereka juga dapat cepat mendirikan rumahtangga bersama-sama.

Selain itu juga aku berazam untuk menjadi seorang suami yang baik, beriman dan mampu menggalas tanggungjawab dengan baik dan sempurna. Pelbagai usaha keras yang aku lakukan agar azam aku yang ini dapat dicapai dengan baik sekali. Untuk mejadi seorang suami mmg senang tapi kalau nak jadi seorang suami yang sempurna amatlah sukar. Banyak tanggungjawab yang harus dipikul.

Azam ketiga pula aku nak cuba menurunkan berat badan aku sekurang-kurangnya 8kg sebelum aku menaiki pelamin (bersanding). Buat masa ni aku cuma baru berjaya menurunkan 5kg sahaja. Aku juga telah berkongsi rahsia dengan Rjuna bagaimana caranya untuk menurunkan berat badan. Harap-harap berjayalah yek hehehhehe.Kalau korang semua ada idea yang lebih mantap dan berkesan untuk menurunkan berat badan denga cepat, jgn malu-malu untuk memberitahu kepada aku heheheh.

Azam keempat aku plak nak membanyakkan lagi simpanan dan mengurangkan segala perbelanjaan yang tidak penting. Ini adalah salah satu langkah untuk aku memudahkan diri aku ketika mengalami apa-apa situasi kecemasan. Bukannya apa aku ni terlalu boros. Kalau nak makan tu tak pernah nak berkira, tak kisah berapa harga walaupun mahal aku sanggup. Kalau beli pakain pula aku selalu pentingkan jenama.. sebab tu aku tak boleh nak menabung dengan banyak. "penabung yang bijak adalah penabung yang mampu mengawal perbelanjaan".

Buat masa ni empat sahaja azam baru yang aku fikirkan. Aku berharap sangat agar azam aku ni dapat dilakukan dengan baik. Aku juga berharap agar korang semua juga dapat mencapai azam masing-masing insyaallah.

0 comments:

Post a Comment