Thursday, February 19, 2009

Kursus kahwin

Aku rasa bila korang baca je tajuk ni mesti ada yang anggap boring dan mungkin juga ada yang berminat untuk membacanya. Bukannya apa cuma ingin berkongsi pengalaman yang baru aku tempuh 2 minggu yang lepas.

Kalau korang nak tahu kursus perkahwinan ni wajib untuk dihadiri bagi setiap pasangan yang ingin berumahtangga. Tapi aku yakin ramai diantara remaja sekarang ni mesti cakap boring untuk mendengar ceramah dlm kursus perkahwinan. Aku pun camtu gak dulu...



Oklah aku nak cerita sikit... untuk menghadiri kursus ni korang kena bayar RM 80 seorang, kebiasaanya camtulah tapi mungkin ada tempat lain yang mempunyai harga berbeza. Kursus ni perlu dihadiri selama 2 hari. Zaman dulu-dulu setiap pasangan perlu menghadiri selama 3 bulan tapi sekarang ni dah senang.

Waktu mula-mula aku nak gi dulu mmg terasa berat hati... dlm otak ni aku dah set "mesti boring punya attend kursus perkahwinan ni" tapi bila aku dah duduk dan mendengar sedikit ceramah tersebut... terus minda aku bertukar kearah yang positif, tak sangka gak aku... rupanya seronok menghadiri kursus kahwin ni... Penceramah bukan la terlalu serius memberi ceramah tapi asyik buat lawak je... tambah lagi aku ni mmg jenis suka ketawa.. so terbahak-bahak la aku ketawa aritu.

Bla dah mendengar ceramah ttg perkahwinan ni , rupanya banyak lagi ilmu yang kita tak tahu dan perlu dibelajar... Dulu-dulu aku ingatkan ilmu aku dah tinggi gunung, rupa-rupanya baru tahap tanah yang landai je... betul gak cakap org dulu-dulu belajar hingga ke liang lahat.

Dalam kursus ni, kita diajar cara berkomunikasi suami isteri, bagaimana untuk berkomunikasi dengan cara yang terbaik. Selain tu kita juga belajar ttg ibadah, munakahat cara menggunakan wang dengan bijak dan lain2. Aku pasti korang mesti rasa syok bla mendengar ceramah ni dan tak sabar nak kahwin heheheh (nak cakap diri sendiri sebenarnya).

Di kuantan setiap peserta akan diberi periksa pada hari kedua bagi memastikan semua peserta mendapat ilmu yang diajar. Kepada peserta yang tak lulus periksa mereka harus mengulang semula kursus tersebut. So kepada mereka yang menghadiri kursus ni aku nasihatkan korang dgr betul2 ceramah yang disampaikan kerana semua ilmu tu berguna untuk kita.

2 comments:

Anonymous said...

uik ko dapat ek kertas pekse tu punya markah..aku dulu ustaz tu xbagi pun tgk balik..dia cuma bagitau semua lulus je..huh..

ape barang kursus kahwin..skarg sibuk kursus untuk ibu2 mengandung la plak..hehehe..bila nak kawin??

Anonymous said...

kat kl tak perlu test

Post a Comment