Tuesday, February 17, 2009

Demam campak

Baru-baru ni aku terkena jangkitan demam campak, kadang-kadang orang panggil penyakit ni demam plentung ataupun chiken pop.. pada istilah doktor pula ialah virus tapi semua tu sama je.

Demam campak ni kalau korang nak tahu, ada 2 jenis iaitu bintik-bintik merah dan juga bintik-bintik besar yang mengeluarkan parut. Aku pula kena jenis yang berbintik merah. Nasib baik la tak kena yang berparut kalau tak mesti penuh kesan parut waktu aku nak sanding nanti hehehe.

Demam ni kalau dah kena... mesti dia akan serang bahagian sendi sampai lemah badan dibuatnya. Sebelum aku tahu aku terkena jangkitan ni, aku dah mengalamui demam selama 2 hari tapi lepas makan panadol kesan demam tu hilang dan bila habis ubat plak demam tu datang semula.

Pada hari khamis yang lepas aku terasa badan ni terlalu gatal sangat, aku tak sangka yang aku ni dah kena jangkitan, waktu nak pakai baju... biasala mesti kita tgk cermin.. time tu baru aku terkejut bla aku tgk badan dan muka aku dipenuhi dengan bintik-bintik merah. Time tu apalagi terusla pergi klinik dan dapat mc selama 2 hari.

Aku ingatkan demam ni biasa je.. so aku tanyala kakak aku nak buat camne.. kakak aku nasihatkan supaya berpantang mkn,jgn mkn benda-benda yang gatal spt sotong,udang, ketam dll. Kakak aku juga pesan supaya tidak menggoreng sebarang benda didalam rumah kerana orang dulu2 cakap kalau menggoreng nanti bintik-bintik tu akan sakit seperti meletup-letup minyak yang digorengkan. Selain itu kita juga tak boleh makan kicap takut nanti parut tu akan berwarna hitam.

Macam biasala mesti nak mengadu kat tunang yang aku ni sakit so lepas dia tahu terus dia bgth kat adik n bapanyua. Apalagi bapanya terus datang umah aku dan hantarkan 7 biji kelapa untuk diminum. Orang dulu-dulu cakap kalau kita minum air kelapa nanti semua virus tu akan cepat keluar. Memang betul pun petua tu, lepas je minum air kelapa habis bintik-bintik tu keluar sampai ke kaki.

Badan aku pun terasa lemah sgt sampai tak larat nak bangun... biasala bisa demam tu menyerang seluruh badan aku. Waktu kakak aku call petang tu aku bagitahula yang aku ni dah tak larat sgt.. tak sangka dia bgth kat family aku, aku suruh rahsiakan coz taknak sshkan family. Pada mlm tu gak family aku datang ke Kuantan dan bawa aku pulang ke Perak pada keeoskan paginya. Alhamdulillah sekarang ni aku bertambah sihat tapi masih berpantang takut perkara-perkara tak elok berlaku di kemudian hari.

Petua orang dulu jika terkena demam campak:
1. Minum air kelapa muda spy semua virus boleh keluar dengan cepat.
2. Mandi dengan air bambu sebab orang dulu cakap daun tu adalah sumpahan virus tsbt.
3. Jangan menggoreng didalam rumah.
4. Jangan makan benda yang gatal takut tak tertanggung gatalnya terutama bagi orang
yang semamangnya dah gatal heheheh.
5. Jangan terkena air hujan ditakuti bentan.
6. Banyakkan minum air masak supaya cepat sejuk badan.

Semoga dgn tips-tips diatas dapat mebantu pembaca semua jika terkena virus yang sama.

3 comments:

Anonymous said...

Banyak petua ko bro, aku tau minum air kelapa n jumpa doktor je

Ejoy said...

tu la ko ni mil... kena blajar semua tu hehehehehe

Anonymous said...

askum... la ni hubby saya tengah derita campak, syian dia miang satu badan huhuhu... sama simptom cam awk cerita tu tapi dia demam panas 3 hari sampai 39C, kesian sgt. Dah tiga hari baru keluar bintik hapa lagi saya lumor la badan dia ngan calamine losyen dah cam raja kapor..tkasih kongsi tips

Post a Comment